Monday, 8 June 2015

FITNAH TETAP FITNAH!


FAKTA SEBENAR 1MDB !!!



Sebelum ini ada dakwaan pelaburan usahasama 1MDB-PETROSAUDI lesap,masuk poket Jho Low.Adakah ini semua benar ??? 

Siapa yang beritahu ??? Tony Pua !!! Rupanya Tony Pua menipu rakyat malaysia !!! Kenapa saya kata begitu ??? 

Menteri Kewangan ll,Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam wawancara TV1 menjelaskan usahasama dengan Petrosaudi tiada kaitan dengan Jho Low dan tiada kehilangan dana,sebaliknya mendatangkan pulangan.Katanya : 

1. Dalam usahasama 1MDB-Petrosaudi,Petrosaudi mempunyai pegangan sebanyak 60% dan 1MDB 40%.

2. Petrosaudi telah meletakkan aset,iaitu 2 telaga minyak yang berada dalam peringkat cari gali.Petrosaudi juga telah memberi pinjaman sebanyak USD 700 juta bagi menyokong operasi cari gali yang sedang dilaksanakan. 

3. Apabila 1MDB melabur USD 1 bilion ke dalam usahasama ini, 1MDB diminta membayar balik pinjaman berjumlah USD 700 juta. 

4. Petrosaudi meletakkan jumlah tersebut di dalam Good Star, iaitu 100% milik Petrosaudi.Laporan media menyebut syarikat Good Star adalah milik Jho Low,tetapi tiada pengesahan mengenai perkara ini.Petrosaudi telah membuat laporan kepada Fraud Division Polis London menyatakan laporan akhbar itu tidak betul. 

5. Pokok persoalannya,adakah pelaburan USD 1bilion itu lesap ??? Tidak.Tiada kehilangan dana dan pelaburan pokok diperolehi semula bersama pulangan,iaitu sebanyak USD 2.3 bilion yang kemudiannya dipindahkan dari Cayman Island ke BSI Singapura melalui firma pelaburan Brazen Sky limited. 

6. Pengeluaran pertama USD 1.2 bilion telah dikeluarkan bagi membayar hutang dan faedah. Pengeluaran kedua mengambil masa untuk dicairkan dan Aabar Investment PJS,sebuah firma pelaburan Abu Dhabi bersetuju untuk suntik dana sebagai tukaran kepada instrumen pembayaran semula Brazen Sky,iaitu dalam bentuk unit dana di BSI.Aabar sepatutnya membuat pembayaran dalam bulan Ogos,tetapi bersetuju untuk membayar lebih awal kerana proses rasionalisasi 1MDB. 

7. Kenapa BSI bukan bank lain ??? BSI merupakan penjaga atau custodian yang dipersetujui bersama oleh Brazen Sky dan 1MDB. 

 8. Tidak timbul soal dana hilang atau dana 'lesap' kerana dibayar kepada Jho Low.Terbukti, Tony Pua DAP yang kerap mengelirukan rakyat sebenarnya PENIPU.

Arab Saudi dan Abu Dhabi jauh lebih baik dari sesetengah rakyat Malaysia. Mereka membantu 1MDB tapi rakyat Malaysia memburuk-burukkan 1MDB, padahal benefitnya kelak dinikmati oleh rakyat Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

Let them bark to hell. Perangai bukan macam orang Islam... sentiasa cari ruang untuk bermusuhan. Ya Allah peliharalah kami dari fitnah dajjal, dan selamatkanlah Malaysia dari kufur laknatullah.