Tuesday, 9 June 2015

ADA UDANG DI SEBALIK BATU!!!


#NOTHING2HIDE !!! RUPANYA ADA UDANG DI SEBALIK BATU ???


Menerusi beberapa gambar yang berjaya di ambil oleh wartawan sewaktu program Dialog Perdana Menteri bersama NGO "Nothing to Hide",jelas sekali mereka yang masih bersama Tun dalam menghentam Perdana Menteri adalah mereka yang di kecewakan di dalam UMNO. 

Dapat di fahami kenapa mereka begitu bersemangat menghentam Perdana Menteri,Datuk Seri Najib.Kehadiran Datuk Seri Ahmad Said jelas bukan sengaja.Jika di lihat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri,dari cara beliau berhujah di dalam Dewan jelas bukan lagi mewakili suara rakyat di kawasan yang beliau wakili. 

Malah beliau sendiri seolah-olah senada dengan pemimpin pembangkang yang begitu giat menghentam kerajaan.Mungkinkah beliau menyimpan dendam kesumat setelah jawatan Menteri Besar yang disandang beliau di lucutkan ??? 

Kelibat suami kepada pelakon Datin Paduka Umie Aida,Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan juga bukan sesuatu yang mengejutkan.Setelah permohonan beliau kepada kerajaan untuk membantu beliau keluar dari masalah peribadinya gagal, sokongan beliau beralih kepada kem Pro Tun dengan begitu lantang dan berani merempuh bersama orang-orang Ahmad Said dan begitu lantang mengutuk kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib. 

Pada pemerhatian aku,jelas yang tinggal di sisi Tun M dan lantang menghentam Najib kini adalah dari kalangan mereka yang jelas kecewa setelah permohonan peribadi mereka kepada barisan kabinet Perdana Menteri tidak di layan.Adakah ini golongan mereka yang begitu lantang mengatakan mereka menyayangi UMNO sedangkan mereka jelas mempunyai agenda yang tersirat sebegini dan begitu giat menghasut ahli UMNO menentang Presidennya sendiri ???

3 comments:

Labu8455 said...

Itu saja ke alasan yang penulis ada ? Semuanya kerana kecewa dengan Najib sebab tak dapat habuan ke ? Poooooooooooooooorah !

Anonymous said...

macamne plak Tv3suku guna bekas ahli Dap/Pkr utk serng TunM...lagi satu pnulis xnk hentam pegawai kanan Najib ka yg da malukan najib...kikikih

Anonymous said...

Bekas Mb Terengganu hadir kerana beliau terlibat dalam urusan TIA dulu..baru kenyataan beliau ada kredibiliti..ada faham Tuan Blog