Tuesday, 23 June 2015

Taman Safari Bukit Gambang Bahaya!!!




Perhatian!!!

Kepada sesiapa yang belum pernah pergi 
ke Taman Safari Bukit Gambang, di sini 
saya ingin nasihatkan kepada pengunjung
-pengunjung sekelian. 

Kalau boleh tolong elakkan daripada masuk 
ke tempat tersebut. Ini pengalaman yang saya 
lalui sendiri. 

Semasa masuk ke dalam taman safari, anda 
di minta naik trak yang disediakan. Trak 
tersebut akan melalui pintu-pintu khas yang 
disediakan. 

Setiap pintu menempatkan jenis-jenis haiwan. 
Dari haiwan mangsa sampai ke haiwan pemangsa. Semasa masuk ke dalam, sampainya ke pintu haiwan pemangsa kami semua teruja untuk 
melihat haiwan-haiwan tersebut. 

Antaranya, dubuk, harimau dan singa. 
Sedang asyik leka memerhatikan haiwan 
tersebut, tiba-tiba pintu gerigi trak tersebut 
terbuka dan menyebabkan salah seorang 
pengunjung dalam trak tersebut terjatuh. 

Semua pengunjung lain terpaku dan ada juga 
yang menjerit. Kami semua tidak terdaya untuk menolong kerana telah diberi arahan tidak boleh 
berbuat bising. 

Ini akan membuatkan haiwan tersebut akan 
tertindak lebih garang. Ada yang menangis 
melihat pengunjung yang jatuh tersebut kerana 
haiwan-haiwan tersebut telah mengelilingi 
mangsa dan hanya tunggu saat untuk menerkam. 

Tiba-tiba singa yang datang menghampiri mangsa 
terus berbisik ke telinga mangsa. Kemudian mangsa
dan singa tersebut ketawa berdekah-dekah.

Semua yang melihat keheranan.Terpinga-pinga!!!

Mereka bertanya serentak,"Apa hal ni?Kenapa jadi
begini?"

Mangsa menjawab,"Singa tu cakap,Jangan risau 
kami tak makan kamu kerana kami semua berpuasa."

Apa-apa pun terima kasih kerana anda sudi membaca dengan khusyuknya.

Hehehe....Apa-apa pun di sini saya ingin memohon ampun dan maaf dan selamat berpuasa. Posa 
jangan tak posa tau...bapak singa pun boleh posa 
inikan pulak kita!!!

Selamat berpuasa...

2 comments:

Anonymous said...

Saudara,

Jangan main2 pengusaha tama thema bukit gambang boleh saman awk tau kerana bleh menjejaskan bisnes dia!!!!!!!...

Anonymous said...

cerita lawak macam ni pun tak kan nak saman! orang yang baca pun tak kan terpengaruh dengan cerita ni sampai tak nak datang kat situ.malah cerita ni mempopularkan lagi taman safari.aku hanya tahu kat gambang ada taman tema.baru sekarang aku tahu kat situ pun ada taman safari.