Wednesday, 24 June 2015

AKIBAT Tidak Pakai SELUAR DALAM Ketika Tidur!!!


WANITA PATUT BACA!! INILAH AKIBAT kalau wanita tidak pakai SELUAR DALAM ketika tidur!


Yang cuba diketengahkan adalah mengenai akibat 
kalau wanita tidak memakai seluar dalam ketika 
tidur. Namun realitinya, kebanyakan wanita yang 
telah bersuami tahu akibatnya.

Jika ini tidak berlaku pada wanita itu, itu kena 
tanya sang suami nya. Jadi apakah yang berlaku?

Jom kita ikuti turutan gambar di bawah ini :
1. Wanita akan mengandung.
2. Lahirlah generasi warisan pasangan tersebut, 
itu lah jawapannya.
Betul ke? Lu pikir lah sendiri.

“Melihat ibu menderita akibat kanser payudara, 
membuatkan saya risau.  Sebab itulah hingga kini, 
saya mengelak daripada tidur dengan memakai 
bra,” ujar seorang pelakon drama televisyen.

Kata-katanya yang mungkin didengari oleh jutaan 
penonton, seperti mengesahkan bahawa memakai 
bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payu
dara.  Akibatnya, ramai wanita mengelak daripada
mengenakan bra ketika tidur.

Benarkah memakai bra ketika tidur boleh 
menyebabkan kanser payudara? “Tidak benar.  
Memakai bra semasa tidur tiada kaitan dengan 
kanser payudara,” kata Dr. Febriansyah, seorang 
Doktor Pakar Sakit Puan di RSIA Kemang 
Medical Care, Kemang, Jakarta Selatan. Menurut 
beliau, tiada masalah untuk wanita mengenakan 
bra ketika tidur.

“Dengan syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak 
berdawai kerana bra seperti itu membuatkan payu
dara tertekan.  Akibatnya, aliran darah tidak lancar 
sekali gus mempengaruhi kesihatan payudara,” 
jelas Dr. Febriansyah.

Beliau berkata,  adalah lebih baik untuk tidak 
memakai pakaian dalam ketika tidur supaya darah 
dapat mengalir lebih lancar dan tubuh menjadi lebih 
relaks serta terasa lebih segar apabila bangun.
Tambah beliau,  “Jika payudara tertekan, bra akan 
menghalang aliran darah sehingga mengakibatkan 
beberapa masalah seperti sengal dan sakit.”

Begitu juga dengan lelaki.  Menurut Dr. Febriansyah, 
dakwaan mengatakan lelaki yang memakai seluar 
dalam ketika tidur berisiko menjadi mandul, adalah 
tidak benar.

“Seelok-eloknya, lelaki tidak memakai seluar dalam 
yang ketat ketika tidur.  Tujuannya sama, supaya 
tiada tekanan pada alat kelamin dan darah dapat 
mengalir lancar,” ujar beliau.

Lelaki boleh memakai seluar semasa tidur, asalkan 
ia longgar seperti seluar boxer.  Baik lelaki mahupun 
wanita, harus mengenakan pakaian longgar atau 
tidak terlalu ketat semasa tidur.

“Memakai seluar dalam yang terlalu ketat akan 
menyebabkan peredaran udara pada vagina seseorang 
wanita, terganggu. Keadaan ini boleh menimbulkan 
masalah keputihan,” kata Dr. Febriansyah.

Selain longgar, lelaki mahu pun wanita harus 
memakai pakaian yang mampu menyerap peluh. 
“Ini kerana semasa tidur, tubuh manusia berpeluh.
Justeru, elakkanlah daripada memakai pakaian 
bahan poliester kerana bahan itu tidak menyerap
 peluh,” tegas beliau.

No comments: