Tuesday, 30 June 2015

XAVIER JUSTO,PETROSAUDI ,SARAWAK REPORT & 1MDB !!! KERA MANA YANG ROSAKKAN BUNGA NI???


Polemik 1MDB masuk ke bab baru. 

Semuanya disebabkan oleh Xavier 

Andre Justo, warga Swiss, bekas 

pegawai berjawatan tinggi di Petro

Saudi. Beliau adalah link yang 

mengaitkan di antara blog Sarawak 

Report dengan PetroSaudi dan 1MDB.






Ironinya, di antara pihak yang 
pertama melenting bersuara tentang 
penangkapan Xavier Justo ialah Clare 
Rewcastle Brown dari blog Sarawak 
Report. Kenapa beliau perlu melenting 
malah mempertahankan warga Swiss 
itu?

Jawapannya mudah iaitu disebabkan 
wujudnya kaitan di antara pemeras 
ugut PetroSaudi itu dengan blog 
Sarawak Report. Malah Clare Brown 
tidak pun menyangkal perkara ini. 
Dalam nada mempertahankan 
Xavier Justo, penulis blog tersebut 
menulis surat bertajuk Open Letter 
To The Swiss Foreign Ministry In 
Bern

Surat tersebut kononnya ditujukan 
kepada Kementerian Luar Negeri 
Switzerland di Bern tetapi tidak 
pula disebut nama penerima surat 
tersebut. Kenapa?

Mudah iaitu supaya tidak ada sesiapa 
pun yang dapat buat semakan atau 
cross-check untuk menentukan 
kesahihan surat tersebut dan sama 
ada pihak Kementerian Luar Negeri 
Swiss benar-benar telah menerima 
surat itu. Atau ianya hanya sekadar 
wayang murahan tipu helah Clare 
Brown.

Setelah terdedahnya pembohongan 
dan manipulasi sumber yang diguna
pakai oleh Sarawak Report, kita 
sudah tentu sangsi dengan surat 
tersebut dan kita lebih mempercayai 
bahawa surat tersebut hanya sekadar 
show murahan sahaja.

Dan seperti tuduhan-tuduhan jahat 
sebelum ini, penulis Sarawak Report 
ini juga membuat tuduhan jahat 
yang korupsi di pihak berkuasa 
Thailand adalah dibelakang 
penangkapan Xavier Justo. 

Claire Brown juga telah berbohong 
kononnya berita penangkapan 
tersebut tidak disiarkan di Thailand 
atau tempat lain. Padahal, beberapa 
portal berita Thailand dan luar 
negeri turut melaporkan berita 
penangkapan tersebut. Contoh:

http://www.bangkokpost.com/
news/general/601584/swiss-
man-accused-of-najib-smear-
plan

http://news.thaivisa.com/thaivisa
-news/former-petrosaudi-it-exec-
arrested-at-samui/101093/

http://www.blick.ch/news/
ausland/mega-korruptionsfall-
schweizer-whistleblower-in-
thailand-verhaftet-id3901483.
html

Satu persoalan besar ialah kenapa 
Xavier Justo berada di Tambon 
Angthong, Koh Samui, Surathani, 
Thailand bersama dokumen-
dokumen yang dicuri beliau dari 
PetroSaudi?

Jika Clare Brown benar-benar prihatin 
kepada 'hal ehwal dan keselamatan' 
Xavier Justo, kenapa Xavier tidak 
berada di dalam negara sendiri atau 
negara-negara Eropah yang lain di 
mana mungkin ada undang-undang 
yang boleh menyekat sebarang 
tindakan ke atas pemeras ugut 
dan pencuri maklumat syarikat?

Jawapannya mungkin seperti 
komentar di dalam blog Sarawak 
Report. Anda baca printscreen di 
bawah:


Pemeras ugut pencuri maklumat 
syarikat PetroSaudi telah ditangkap. 
Dan di antara kenyataan pakar 
Protection Group International (PGI) 
tentang maklumat curi yang diubah 
dalam Sarawak Report:


"Semua siasatan kami telah dijalan
kan setakat ini menjuruskan saya 
untuk mengatakan bahawa, dari 
kedua-dua perspektif forensik dan 
pakar, maklumat [berkaitan dengan 
isu ini] yang disiarkan di Internet 
dan kepada mereka yang ingin 
membuat kesimpulan daripadanya, 
ia boleh dianggap tidak selamat dan 
tidak boleh dipercayai" kata beliau.


Dan sekarang, beberapa portal berita, 
individu dan media sosial terutamanya 
portal-portal pro-pembangkang dan 
lidah rasmi Pakatan Pembangkang 
terkena tempiasnya. Mereka juga 
bakal berdepan dengan tindakan 
undang-undang. Semuanya kerana 
laporan mereka yang merujuk kepada 
dokumen-dokumen curi dan diubah 
di dalam Sarawak Report.  

The Edge dan pemiliknya diberi 
amaran kerana laporan yang 
merujuk Sarawak Post. KDN juga 
mnyatakan bahawa penerbitan 
sebarang bentuk berita palsu, 
boleh mengakibatkan lesen 
organisasi media yang terbabit 
dibatalkan oleh KDN di bawah 
Akta Penerbitan dan Mesin 
Cetak (APMC) 1984.

Satu perkara yang menarik ialah 
ada pihak yang menggunakan 
alasan bahawa kita perlu tunggu 
kesudahan kes penangkapan 
Xavier Justo atau keputusan 
perbicaraannya. 

Kesahihan penangkapan ini mesti 
dibuktikan oleh pihak berkuasa, 
kata mereka.

Ironinya, perkara yang samalah 
yang kerap dikatakan tentang isu 
1MDB. Biarlah pihak berkuasa 
seperti Audit Negara, bi-partisan 
PAC dan Bank Negara Malaysia 
menyelesaikan siasatan mereka 
dahulu sebelum menunding jari 
ke mana-mana pihak. 

Jika pihak itu mahu pihak lain 
merujuk kepada kesudahan dan 
keputusan pihak berkuasa Thailand 
maka pihak itu juga patut menerima 
untuk menunggu hasil siasatan 
pihak berkuasa di Malaysia tentang 
1MDB. 

Logik dan mudahkan.

Yang menarik juga ialah hasil 
siasatan PGI yang berjaya 
membuktikan kaitan di antara 
Xavier Justo dan Sarawak Report.

No comments: