Sunday 7 June 2015

Ular Boa Mati Setelah Menggigit Payudara Model Israel





Seekor ular boa mati akibat keracunan silikon 
setelah menggigit payudara seorang model 
Israel, ms Orit Fox ketika sedang melakukan 
sesi fotografi dan temu ramah dengan 
wartawan. 

Kejadian berlaku semasa Orit membelai ular 
tersebut, kemudian menciumnya. Model yang 
juga seorang  pelakon pada awalnya nampak 
selesa bersama ularnya melakukan yang terbaik 
untuk tampil seksi semasa penggambaran di Tel 
Aviv. 

Dia dengan penuh yakin mencium dan menjilat 
wajah ular itu.  Ketika dia mengendalikan haiwan 
reptilia itu pada kedudukan untuk 'ciuman',  Ms 
Fox mengendurkan pegangannya di leher setelah menjilatnya,  reptilia itu tiba-tiba bereaksi 
dengan marah.

Tidak semena-mena ular itu  langsung menuju 
ke arah aset berharga Fox dan membenamkan 
giginya ke payudara kirinya. 




Seorang pembantu bergegas untuk membantunya menarik ular tersebut. Setelah beberapa saat 
kemudian, usaha melepaskan cengkaman ular 
daripada  payudara ms Fox berjaya dilakukan.  
Model itu segera dikejarkan ke hospital untuk  diberi suntikan tetanus[suntikan anti kejang 
urat atau kejang otot].

Namun, ular itu tidak begitu bernasib baik, mati 
akibat keracunan silikon payudara ms Fox. 
[sumber:dailymail reporter]

No comments: