Wednesday, 3 June 2015

P RAMLEE GENIUS MELAYU YANG MENDAHULUI ZAMANNYA!!!



Sebelum ni, aku ingatkan 20 sen pada zaman 
tu macam seringgit sekarang.




Dipetik dari FB Cen Polo
Filem Bujang Lapok adalah kritikan sosial terhadap gaya perbelanjaan masyarakat yang sebenarnya masih relevan hingga ke hari ini.
Berdasarkan kadar inflasi malar 6% setahun sejak 1960 hingga ke hari ini, anggaran nilai yang disebut dalam filem tersebut pada hari ini:
i) Upah tutup rahsia; 20 sen-Nilai 20 sen pada 1960 pada hari ini adalah RM4.40. Agaknya, apa boleh dibeli pada hari ini untuk merasuah seorang kanak-kanak seusia 5 ke 6 tahun?
ii) Mahar perkahwinan Sudin; RM1,000 serba satu-RM1,000 pada 1960 bernilai RM21,939 pada hari ini. Patutlah Ajis tak setuju dan menganggap majlis yang bakal dibuat itu terlalu besar-besaran.
iii) Nilai gadaian cincin berlian Makcik Eton; RM3,000-Pada hari ini, nilai cincin berlian Makcik Eton itu adalah sekitar RM65,000. Tak peliklah kalau dia dianggap orang ada-ada kerana memiliki cincin berlian sebegitu.
iv) Jumlah yang dipinjam daripada Benggali oleh jiran sebelah rumah Sudin untuk perbelanjaan kahwinnya; RM5,000-Pada hari ini, nilainya adalah sekitar RM110,000.Kalau meminjam dengan kadar seorang anggota kerajaan sekalipun, anda memerlukan sekurang-kurangnya 12 tahun untuk menghabiskan bayaran bulanan hutang sebanyak ini dengan komitmen bayaran RM1,000 sebulan.

Justeru, tak hairanlah anak sudah tiga, hutang Benggali masih belum selesai.
v) Nilai Beef Steak untuk 12 orang makan yang perlu dibayar Ramli sehingga terpaksa pulang sehelai sepinggang; RM38-Pada hari ini, nilainya adalah sekitar RM834. Justeru penting sebenarnya untuk mengajar bakal isteri makan di warung tepi jalan atau restoran sederhana. Yang penting makanannya, bukan gaya dan status kekayaan yang dipamerkan.

No comments: