Friday, 12 June 2015

Perihal 'Malim' dan 'Aki'!!!



Di Perak,terdapat satu tempat dinamakan 
Malim Nawar.Ia terletak di antara Kampar 
dan Ipoh.

Terdapat juga dua buah hikayat Melayu yang 
terkenal iaitu Hikayat Malim Deman dan juga 
Hikayat Malim Dewa.

Dalam tragedi gempa bumi di Sabah baru-
baru ini,nama 'malim gunung' menjadi 
popular kerana keberanian,ketabahan 
dan kegagahan mereka dalam tugas-tugas 
tertentu di Gunung Kinabalu.

Malim adalah perkataan lama dalam kosakata 
bahasa Melayu.Menariknya,ia masih digunakan 
di Sabah.


Apakah maksud 'malim' itu?


Malim bermaksud guru,pengajar,pemberi 
panduan atau pembimbing.

Sebelum perkataan 'guru' iaitu kosakata 
serapan dari bahasa Sanskrit dipakai,
'malim' adalah perkataan Melayu lama  
untuk profesion yang sama.

Malim adalah pekerjaan mulia,ia profesion 
yang tinggi dan dihormati.

Malim bahtera bertugas sebagai penunjuk 
arah dan jurupandu kepada orang-orang 
di kapal.

Malim Gunung pula ialah jurupandu kepada 
pendaki-pendaki di gunung.



Nama 'Malim Gunung' baru-baru ini keluar 
di akhbar dan media internet sejak tragedi 
gempabumi di Sabah.

Sesetengah kaum pribumi Sabah percaya,gempa
bumi ini adalah di sebabkan kemarahan 'Aki' akibat 
insiden para pendaki Eropah yang berbogel di puncak 
Kinabalu.


Siapakah 'Aki'?


Tok Aki 

Sebelum demokrasi wujud di dunia,budaya 
Melayu-Polinesia telah mengamalkan ciri-ciri 
demokrasi dalam sistem pemerintahan mereka.

Ini kerana,sebelum wujud konsep 'dewaraja' 
dari era Hindu-Buddha atau sistem monarki 
berasaskan warisan,budaya Melayu-Polinesia 
telah memilih ketua mereka berdasarkan 
senioriti dan pengalaman hidup.

Sebelum istilah seperti 'raja' (dari Indo-Eropah) 
atau 'sultan' (dari Arab) atau 'syah' (dipakai pada 
akhir nama,berasal dari Parsi),budaya Melayu 
memanggil ketua mereka sebagai 'Atuk Tua'
(mengikut pelbagai variasi dialek).

Semua istilah luar tadi rata-rata menunjukkan 
'kuasa','darjat' atau 'kemegahan'.

Ini berbeza dengan konsep kepemimpinan 
(leadership) dalam budaya Melayu purba.

'Tua' atau 'Toa' adalah bermaksud senioriti,
adalah elemen penting dalam pemilihan raja 
atau ketua dalam budaya Melayu-Polinesia.


Variasinya seperti berikut:


Malietoa-Samoa
Kaumātua-Maori
Hotu Matua-Rapa Nui
Tūwharetoa-Maori


Dalam budaya Melayu-Polinesia juga,
kepemimpinan juga dipilih dari golongan 
anak sulung dari anak sulung atau 'Aki' 
(atau 'Aiki' serta menurut variasi dialek).
Sulung dari yang sulung (supersenior) akan 
menjadi 'Tok Aki'.


Variasinya seperti berikut:


Eiki-Tonga
Ari'i-Tahiti
Ali'i-Samoa,Hawaii
Aliki-Tuvalu,Tokelau
Ariki-Rapa Nui
Ariki-Maori,Cook Islands




Dalam budaya rumpun Melayu di 
Austronesia Barat,gelaran-gelaran seperti 
Tok Batin,Penghulu,Tok Sidang,Tok Ketua 
atau Demang adalah penggelaran asli sebelum
 istilah 'raja' digunakan.Semua gelaran ini khas 
menunjukkan senioriti dan penghormatan.

Kesimpulannya,konsep pemilihan pemimpin 
dalam budaya Melayu purba mencerminkan 
kata-kata hikmah,

"Respect is earned, not given..."
~Srikandi
Kak Yong Seri

No comments: