Tuesday, 23 June 2015

Tuduhan Khalwat Jatuhkan Maruah Mia Ahmad!!!


Pelakon Mia Ahmad berasa terkilan apabila 
namanya dikaitkan dengan laporan mengenai 
seorang aktres ditangkap khalwat baru-baru 
ini.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad 
Baderi, 27, berkata, ia dianggap sebagai 
fitnah yang sangat memalukan sekali gus 
menjatuhkan maruahnya sebagai seorang 
wanita.

"Saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya 
pulang bercuti dari Bangkok, Thailand, rakan 
saya memberitahu tentang gosip tersebut.

"Selepas membacanya sudah tentu saya rasa 
sedih kerana ia adalah fitnah melibatkan 
maruah saya," katanya kepada mStar Online.


Pada 12 Jun lalu, foto seorang wanita yang 
dikatakan pelakon popular ditangkap khalwat 
oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor 
(Jais) tersebar di laman sosial.

Beberapa individu menuduh kononnya Mia 
adalah wanita yang ditangkap itu.

Sementara itu, Mia berkata, berdasarkan 
informasi daripada rakan-rakan dan peminat
nya, tuduhan itu disebarkan oleh seorang 
individu yang ingin menjatuhkan kariernya.

Bagaimanapun, dia tidak merancang untuk 
mengambil sebarang tindakan undang-undang 
terhadap individu berkenaan.

"Saya harap individu yang menyebarkan berita 
palsu itu tahu apa hukum orang yang memfitnah. 
Jujurnya tuduhan ini adalah sangat melampau. 
Saya sudah lama bersedia dengan gosip-gosip 
yang bakal menimpa tetapi mengenai isu ini, ia 
sudah di luar batasan.

"Saya harap individu itu sedar dengan kelakuan
nya yang menganiaya orang yang tidak bersalah,
" ujarnya yang bakal muncul menerusi drama  
Dilema Wanita pada penghujung Jun ini di RTM.
-MSTAR

No comments: