Tuesday, 30 June 2015

JAGA AURAT TAPI LAYAN BAHAN LUCAH!!!

Siapa sangka di sebalik perwatakannya yang lembut dan berwajah manis, artis ini sebenarnya pandai ‘melayan’ bahan lucah.

Apa pun sukar mempercayai dakwaan itu kerana artis terbabit alim dan menjaga auratnya.

Apa yang mengejut­kan, artis terbabit seolah-olah menganggap perkara itu bukan masalah besar dengan beraninya menunjukkan bahan berkenaan kepada rakan-rakannya.

Namun apa yang dihairankan, suatu ketika dulu tersebar khabar angin kurang enak yang mengatakan artis itu pernah skandal dengan pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga.

Yang pasti artis terbabit menyedari bahan yang dimilikinya itu berisi kandungan lucah yang sememangnya diketahui boleh merosakkan akhlak.

Apatah lagi artis itu membawa imej alim dan sepatut­nya menunjukkan contoh baik kepada peminat khususnya golongan muda.

Bahan lucah bukan saja meruntuhkan nilai moral, tetapi juga bertentangan dalam Islam.

Nasihat  kepada artis, sebaiknya mendalami semula agama dan hayati nilai ajaran Islam serta menyedari kekurangan diri sendiri.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55169#sthash.hcvDxM12.dpuf

No comments: