Monday, 22 June 2015

Memakai Bra dan Seluar Dalam Semasa Tidur Berisiko Kanser !!!



Bahaya Pakai Coli Dan Seluar Dalam Ketika 
Tidur. Rata-rata wanita dan lelaki di Malaysia 
langsung tidak mengambil berat tentang hal ini. 

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra 
saat tidur. 

Penyelidik Sydney Singer  menasihatkan wanita
 yang ingin menghindari kanser payudara harus 
memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin 
dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.

Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam 
itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat 
bahaya untuk wanita kerana ia boleh 
menyebabkan kanser payudara.

“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan 
payudara adalah tanpa memakai bra ketika 
tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata 
Sydney Singer.

Menurut Sydney Singer, menggunakan bra 
terlalu lama dapat meningkatkan suhu 
jaringan payudara dan wanita yang memakai 
bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon 
yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) 
yang lebih tinggi. 

Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan 
kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra 
atau menggunakan bra terlalu ketat juga 
membahayakan kesihatan kerana boleh 
membatasi aliran darah ke payudara.

Bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya 
gunakan seluar dalam yang longgar atau 
jangan pakai seluar dalam langsung ketika 
tidur. 

Ini untuk memberi kesempatan bagi testis 
(buah zakar) menurunkan suhunya dan 
menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki 
berada di luar tubuh dan dengan itu ia 
sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar 
dan pakaian yang digunakan seseorang. 

Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau 
seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan 
suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat 
dan tentunya akan mempengaruhi produksi 
sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu 
mandul-9gelak.

No comments: