Tuesday, 23 June 2015

Mengapa Muka Tawanan ISIS Kelihatan Tenang Ketika Dipancung Atau Dibakar???


Terbongkar! Inilah Sebabnya Mengapa Muka Tawanan ISIS Kelihatan Tenang Ketika Dipancung Atau Dibakar.



Bekas pekerja ISIS membongkar rahsia mengapa 
para tawanan ISIS yang terancam dipancung atau 
dibakar hidup-hidup selalu kelihatan tenang.

Bila dilihat dari video yang sering mereka 
tayangkan ke internet, para tawanan yang 
biasanya mengenakan baju oren itu memang 
tampak begitu tenang dan tidak ketakutan.

Saleh, nama samaran, seorang mantan 
penerjemah yang bekerja untuk ISIS, 
mengatakan kepada Sky News bahawa 
semua tawanan itu dibohongi setiap hari.

Sebelum pembunuhan sebenar dilakukan, 
para tawanan memang sudah dibiasakan 
untuk membuat video seperti itu. Alasannya 
untuk meminta wang tebusan dari pemerintah.

Jadi ketika pembunuhan benar-benar akan 
dilakukan, para tawanan merasa bahawa itu 
hanya gertakan saja.

Saleh menuturkan pembicaraannya dengan 
salah satu algojo di ISIS, “Jihadi John” yang 
akhir ini dikenali dengan nama Mohammed 
Emwazi.

“Dia selalu mengatakan, tiada masalah, hanya 
ingin dirakam. Kami tidak akan membunuhmu. 
Kami hanya ingin tebusan dan meminta 
pemerintah negaramu berhenti menyerang 
Syria. Kau tidak bersalah, kau kan hanya 
pengunjung di sini,” kata Saleh menirukan 
ucapan John.

Pengambilan video ini pun sering dilakukan. 
Sehingga para tawanan menganggapnya 
menjadi biasa. Para tawanan dibuat begitu 
merasa rapat dengan para tentera ISIS.

Fotografer berasal dari Jepun yang bernama 
Kenji Goto bahkan diberi nama Abu Saad agar 
dia merasa selesa dan rapat dengan tentera 
ISIS.

“Setiap masa mereka mengatakan rileks 
kepada Goto. Dan itu membuatkan ia pun 
merasa tenang,” tambah Saleh.

No comments: