Saturday 27 June 2015

SIAPAKAH GERANGANNYA WANITA INI???

Tahukah Anda,,,Siapakah Nur Juliana Disebalik Kes Zamani SLAM ???




Siapa kan Nur Juliana di sebalik kes Zamani, ramai pelayar media tertanya-tanya adakah beliau kekasih hati Penyanyi itu, seperti yang kita tahu beliau merupakan pembantu peribadi kepada Zamani....

Namun mengapa kah beliau sanggup terlibat sama dengan Zamani melakukan penggunaan najis dadah tersebut ini lah yang menjadi persoalan para pelayar media sosial....

Namun perkara sudah berlaku mereka berdua sudah pun menerima hukuman akibat kesalahan mereka di harap mereka berdua boleh memulakan hidup baru selepas ini demi masa depan mereka....

Semalam di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu menjatuhi hukuman denda masing-masing sebanyak RM5,500 terhadap penyanyi Zamani Ibrahim (Slam), 43, dan pembantu peribadinya Nur Juliana Abdul Rani, 32, selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas tuduhan memiliki dan mengambil dadah....


Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menjatuhi hukuman itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah....



Kedua-dua tertuduh turut dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan jika gagal membayar denda....


Mengikut pertuduhan pindaan, penyanyi itu didakwa bersama-sama memiliki heroin dan morfin dengan berat bersih 0.6 gram di Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat pada 12.30 tengah malam, 21 Januari lalu....


Kedua-dua pasangan berkenaan sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut semasa dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari lalu. BS ...


- Mstar

No comments: