Wednesday, 17 June 2015

BAKAL RAJA PERLU BIJAK DAN ADIL!!!




Ulasan pengomen Blog Kutukan Dewata mengenai kemelut campur tangan istana dalam politik tanah air! 


Jangan keluarkan perkataan yang bermaksud seseorang itu sudah bersalah sebelum keadilan dibuktikan. Ayat yang diguna oleh TMJ adalah ayat yang menunjukkan seseorang itu takut hadir kerana dia ingin sembunyikan sesuatu kebenaran.


Ayat ini pula ditujukan kepada PM Malaysia. Ayat ini pula dinyatakan oleh seorang Tengku Mahkota, lazimnya akan menduduki Tahta Sultan.Institusi Raja yang tak perlu melibatkan diri dalam politik secara bebas dan terbuka.



Selagi Sultan Johore masih memerintah perkara ini boleh dibawa ke mesyuarat Raja-raja yang juga dihadiri oleh PM, MB serta YDP negeri.



Raja-raja juga boleh berbincang sesama mereka atas sesuatu perkara yang melibatkan rakyat dan negara. Sultan Johore juga boleh mewakilkan TMJ kemesyuarat Raja-raja. Ketika itu soal lah apa yang nak soal. Apa yang tak puas hati luahkanlah.



TMJ harus menzahirkan kematangan bertindak kerana tindakan itu datang dari seseorang yang akan memegang tampuk pemerintahan jika diizin Allah swt



. Bukan semua rakyat suka dan sokong cara bakal Sultan begini. Janganlah kerana perkara ini rakyat tidak lagi menghormati Institusi Raja-raja. Apa pun dalam perkara ini kami setuju dengan kenyataan dan hujah YB Nazri.


KD:


TAK PERLULAH BUAT PERHIMPUNAN YANG DIANJURKAN OLEH NGO-NGO DAN BERDIRI DI PENTAS SERTA BERUCAP SINIS KEPADA MENTERI!


TINDAKAN INI AKAN MENYERET BAKAL SULTAN INI SEMAKIN JAUH KE DALAM KANCAH POLITIK YANG SEMEMANGNYA PENUH DENGAN KECAMAN DAN UMPATAN!


NGO-NGO YANG TERLIBAT MEMBUAT KENYATAAN YANG JELAS MENGAMPU RAJA DAN MENCABAR ORANG JANGAN BERANI MENENTANG RAJA!


KENYATAAN YANG SEBEGINI RUPA HANYA BOLEH DIPAKAI PADA ZAMAN DAHULU,ZAMAN RAJA BERKUASA MUTLAK!


NGO-NGO INILAH YANG MENGAPI-API TMJ SEHINGGA KELIHATAN SEDIKIT ANGKUH!BERASAKAN DIRINYA HEBAT BOLEH BUAT APA SAJA YANG DIA SUKA WALAUPUN DILUAR BIDANG TUGASNYA!


MENGUMPULKAN SERAMAI BEBERAPA RIBU ORANG SAMBIL MEMPERLEKEH MENTERI PUSAT BUKAN LAH BOLEH MEMBUATKAN ORANG HORMAT MALAH TIMBUL PULAK RASA MELUAT DALAM KALANGAN RAKYAT!


LEBIH-LEBIH LAGI RAKYAT DAH TAHU SETAKAT MANA PERANGAINYA SELAMA INI!


INGATLAH,INSTITUSI ISTANA BUATLAH URUSAN ISTANA.INTITUSI EKSKUTIF BUAT KERJA MASING-MASING.BEGITU JUGA INSTITUSI KEHAKIMAN BUAT KERJA PERUNDANGAN.


MASING-MASING ADA TUGAS TERSENDIRI.JANGAN CAMPUR MENCAMPURI ANTARA SATU SAMA LAIN!


KALAU TIDAK IANYA AKAN MENGUNDANG KRISIS PERLEMBAGAAN SEKALI LAGI!


BUKAN TAK BOLEH TMJ MENYUARAKAN PENDAPATNYA,TETAPI BIARLAH BERHEMAH BUKAN MENYUARAKAN DI FACEBOOK DENGAN CARA MEMIHAK KEPADA SEBELAH PIHAK!TAHU-TAHU AJELAH KAT FACEBOOK,MACAM-MACAM PERANGAI MANUSIA YANG SUKA MENGUMPAT DAN MENGEJI!!!


INI AKAN MENGUNDANG KETIDAKPUASAN HATI SEBELAH PIHAK LAGI!


SEBAGAI PAYUNG RAKYAT PIHAK ISTANA PERLU BERADA DI JALAN TENGAH,TIDAK MENYIMPANG KE KIRI ATAU KE KANAN.TIDAK BOLEH PAYUNG RAKYAT MELINDUNGI RAKYAT SEBELAH KANAN DARIPADA HUJAN  DAN PANAS MENTARI.DAN DALAM MASA YANG SAMA MEMBIARKAN RAKYAT SEBELAH KIRI BASAH KUYUP DENGAN PELUH DAN AIR HUJAN!!!


HORMATILAH PM SEBAGAI PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT.BOLEH BERSUA MUKA DAN MENYATAKAN PENDAPAT SECARA TERATUR DAN BERHEMAH!


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang mahu menasihati pemimpin di dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. 

Akan tetapi hendaklah dia memegang tangan 
pemerintah tersebut dan ajaklah (nasihatilah) dia secara rahsia.Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat) maka itulah yang diharapkan.Sekiranya dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) telah melaksanakan tanggungjawabnya.”


BARULAH MENAMPAKKAN CIRI-CIRI RAJA BERDAULAT!!!


DAULAT TUANKU!!!

2 comments:

Anonymous said...

Mestilah mengikut saluran yang betul bukan dimedia massa yang boleh mengundang bermacam2 masalah. Nampak sangat macam tak cerdik.

Anonymous said...

UMNO dan BNlah yg masih mempertahankan sistem Raja. Jika PR naik, Raja entah ke mana sebab PR mahukan republik.