Tuesday, 16 June 2015

TMJ Memang Salah Kerana Menghukum Najib, Nazri!!!Sepatutnya Dia Berkecuali!!!


By 


BAGAI tiada tanda-tanda bakal berakhir, krisis yang 
tercetus antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan 
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz danTunku Mahkota Johor 
terus mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila 
masing-masing lantang bersuara.

BACA: Kalau Nak Hentam, Hentam Saya 

Depan-Depan.


Terbaharu, Nazri menuduh TMJ sememangnya bersalah 
dalam krisis panas yang timbul antara mereka.

Bercakap kepada MalaysiaKini, Nazri berkatakesalahan 
Tunku Ismail adalah kerana menuduh Perdana Menteri, 
Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sesuatu yang 
disembunyikan apabila tidak hadir ke majlis 
#Nothing2Hide baru-baru ini.

Saya boleh faham jika putera itu kata saya sedih kerana 
dia (Najib) tidak hadir. Saya boleh terima. Itu tidak campur 
hal politik.

Tetapi dia kata, sudah tentu dia (Najib) tidak hadir dalam 
(dialog) Nothing to Hide kerana ada sesuatu hendak disembunyikan.

Itu bersifat menghukum. Ia bermakna Tunku Ismail Sultan 
Ibrahim daripada Johor sudah menghukum PM salah. Itu 
apa yang tidak kena, katanya.


Dalam pada itu, Nazri mendakwa kenyataan Tunku Ismail 
berbeza dengan sokongan Sultan Pahang kepada Najib
kerana menjadi kebiasaan istana menyokong pemimpin 
dipilih rakyat dalam sebuah sistem Raja Berperlembagaan.

BACA: PolisAkan DisiasatNazri Aziz Gara 

Gara Ancaman Terhadap TMJ.


Sebelum ini, Nazri menyatakan kesediaan untuk disiasat
berhubung kenyataannya terhadap Tunku Ismail dan akan 
memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.
MYNEWSHUB.CC

3 comments:

tokwancha said...

Kalau kita memilih untuk melihat perkara yang benar kita akan tahu kontroversi ini berpunca dari fb TMJ sendiri yang menyebut Najib sebagai orang yang tak boleh dipercayai. Adakah TMJ Tuhan yang lebih tahu? Sedangkan audit masih belum selesai. Kalau kita tak percaya dng Audit ataunPAC lebih baik bubarkan saja.

Kalau orang cerdik dari ucapan Mahathir dah boleh kesan tujuan2 serangan pada Najib. Kesimpulan dari kenyataan Mahathir: dia mahukan semua orang ikut cakapnya, dasarnya. Sebab tu dia ada menyebut "tindakan Najib........bla bla bla.....tak seperti yg dikehendaki".

Anonymous said...

2 X 5 = 5 X 2 sama serupa.

Anonymous said...

Jangan keluarkan perkataan yang bermaksud seseorang itu sudah bersalah sebelum keadilan dibuktikan. Ayat yang diguna oleh TMJ adalah ayat yang menunjukkan seseorang itu takut hadir kerana dia ingin sembunyikan sesuatu kebenaran.

Ayat ini pula ditujukan kepada PM Malaysia. Ayat ini pula dinyatakan oleh seorang Tengku Mahkota, lazimnya akan menduduki Tahta Sultan.Institusi Raja yang tak perlu melibatkan diri dalam politik secara bebas dan terbuka.

Selagi Sultan Johore masih memerintah perkara ini boleh dibawa ke mesyuarat Raja-raja yang juga dihadiri oleh PM, MB serta YDP negeri2.

Raja-raja juga boleh berbincang sesama mereka atas sesuatu perkara yang melibatkan rakyat dan negara. Sultan Johore juga boleh mewakilkan TMJ kemesyuarat Raja-raja. Ketika itu soal lah apa yang nak soal. Apa yang tak puas hati luahkanlah.

TMJ harus menzahirkan kematangan bertindak kerana tindakan itu datang dari seseorang yang akan memegang tampuk pemerintahan jika diizin Allah swt. Bukan semua rakyat suka dan sokong cara bakal Sultan begini. Janganlah kerana perkara ini rakyat tidak lagi menghormati Institusi Raja-raja. Apa pun dalam perkara ini kami setuju dengan kenyataan dan hujah YB Nazri.