Monday, 22 June 2015

KAFIR TETAP BERSAMA KAFIR !!! ISLAM PR PERLU INSAF DIRI !!!

DAP mungkin ajak MCA dan Gerakan 

buat parti orang Cina!

 
 Akhirnya  lebai-lebai di kencing  DAP tersedar 
juga setelah sekian lama diperbodohkan


KUALA LUMPUR: Keretakan hubungan di dalam 
Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan DAP 
mengambil keputusan untuk keluar dilihat 
langkah awal yang memungkinkan penubuhan 
parti khusus untuk orang Cina.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory 
Hussain berkata, DAP berkemungkinan akan 
memanggil MCA serta Gerakan yang berada 
di dalam Barisan Nasional (BN) untuk bersama 
mereka dalam penubuhan pakatan baharu.

"DAP sudah tidak mahu berkawan lagi dengan 
PAS dan PKR.

"DAP akan memikirkan kedudukan mereka di 
Pulau Pinang terutamanya selain di Selangor 
dan Perak. Ini masa DAP beraksi dan 
membuktikan mereka boleh pergi lebih jauh 
dengan semangat Cina mereka," katanya 
ketika dihubungi di sini hari ini.


Walaupun DAP sedar mereka tidak pernah 
mendapat banyak kerusi sebelum bersama 
Pakatan rakyat, ini masa mereka mencari 
kawan baru demi kuasa. 

- Ahmad Atory Hussain


Dr Ahmad Atory mengulas kenyataan 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang 
memutuskan Pakatan Rakyat sudah tidak 
lagi wujud.

Bagaimanapun Ketua Pemuda PAS, Nik 
Abduh Nik Abdul Aziz berkata, dia masih 
yakin dengan kewujudan Pakatan Rakyat 
meskipun sekutunya DAP sudah 
mengisytiharkan gabungan itu tidak 
lagi wujud.

Katanya keputusan yang dibuat DAP itu 
merupakan keputusannya sendiri dan 
ianya tidak menyebabkan pembubaran 
Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, 
Rafizi Ramli memberitahu, Parti Keadilan 
Rakyat (PKR) masih belum membuat 
sebarang keputusan berhubung gelora 
yang melanda Pakatan Rakyat.

Jelas Dr Ahmad Atory, DAP kini mahu 
mencari pengaruh baru dengan memujuk 
MCA dan Gerakan supaya menyertai 
mereka.

"Kita tahu orang ramai orang Cina yang 
menyokong DAP. Walaupun pada dasarnya 
mereka adalah ahli MCA atau Gerakan, 
umum sedia tahu mereka memberi undi 
kepada DAP semasa pilihan raya.

"MCA dan Gerakan sebenarnya sudah 
tidak ada kuasa, lebih 90 peratus Cina 
sudah menyatakan sokongan kepada 
DAP.

"Orang Melayu juga ada yang menyokong 
DAP. Lebih 50 calon DAP pada Pilihan Raya 
Umum (PRU) lepas juga merupakan orang 
Melayu," ujarnya.

Sebelum ini, Sasterawan Negara Datuk 
A. Samad Said atau lebih dikenali dengan 
nama 'Pak Samad' disahkan menjadi 
anggota parti DAP hari.

Tegas Pak Samad, penyertaannya ke dalam 
DAP adalah untuk menzahirkan perjuangan
nya yang sebelum ini hanya dilontarkan 
menerusi bait-bait puisi-

No comments: