Thursday, 25 June 2015

Menteri-Menteri Apa Khabar??? Aku Tanya Apa Khabar???




Tahukah anda, ketika Saidina Umar Abd Aziz 
dilantik menjadi khalifah, beliau menjemput 
golongan bangsawan yang terdiri daripada 
Menteri, ahli keluarga dan lain-lain ke istana 
untuk dijamu hidangan yang sangat lazat. 

Berjam-jam mereka menunggu, namun 
hidangan tak muncul-muncul. Nak keluar 
tidak boleh, semua pintu dikunci. 

Mereka bertanya kepada Khalifah bila 
makanan akan dihidangkan. Umar Abdul 
Aziz menjawab ini makanan special. Lama 
untuk disiapkan. 

Lalu mereka berkata kami dah lapar. Bawa 
sahaja apa jua makanan yang ada. Akhirnya 
mereka dijamu makanan rakyat biasa berupa 
roti-roti (makanan harian masyarakat di sana). 

Habis licin! Umar Abdul Aziz bertanya, 
kenyang ke tak? 

Lalu mereka berkata alhamdulillah kenyang. 
Lalu Umar berkata : "Kalau makanan seperti 
ini kamu boleh kenyang, kenapa perlu 
memakan makanan yang mewah-mewah? 

Mulai saat ini, aku potong elaun-elaun menteri 
dan semua yang ada!!"


Menteri-menteri apa khabar..? Aku tanya apa 
khabar semua..???

No comments: