Monday, 8 June 2015
PERANG SAUDARA SI TOLOL-TOLOL MELAYU!!!
YANG JADI BENGANG SI BIUL-BIUL MELAYU!!! YANG JADI MANGSA MARHAEN-MARHAEN MELAYU!!!
PELURU SUDAH DILEPASKAN!!!
Dalam isu 1MDB, aku tak sokong Najib dan dalam masa yang sama meluat dengan Tun M.
Kenapa?
Najib terlalu penakut untuk bercakap benar dan sering menyorok di balik lalang sehelai dalam menjelaskan isu.
Tun M pulak, seperti beruk kena belacan, terlompat sana sini hingga hilang sabar menunggu hasil siasatan PAC, Audit negara dan yang seumpamanya.
Selain itu, nombor yang disebut oleh Tun M.juga kerap berubah. Sekejap 42 bilion, sekejap 27 bilion. Mana kertas atau dokumen bukti?
Itu yang rakyat nak tahu. Rakyat sebenarnya cuak dan muak dengan isu perang saudara begini.
Untuk BN, kononnya nak baiki umno, tetapi umno yang dirosakkan. Apa najib buat untuk kukuhkan umno?
Tun M pulak, kononnya takut umno/bn tewas PRU14. Hakikatnya umno/bn bakal tewas kerana kerosakan yang dilakukan oleh Tun M sekarang. Mulut dan kerja tangan Tun M telah memecahkan umno kepada 2 kumpulan. Pro Najib dan Anti Najib.
Ini hakikat sekarang beb! Lihat sahaja ulasan-ulasan yang ada, ada yang gila babi sokong Najib, tak kurang juga yang macam tak cukup otak sokong tanpa soal Tun Mahathir.
Rumusannya, Najib dan Tun Mahathir yang bertempur, hati rakyat yang rosak. Belum kira berapa bilion duit negara yang lesap sejak dari zaman Tun M sampailah sekarang.
Harapan rakyat: Najib, bercakap benarlah dan jangan terlalu percaya kepada punahsihat yang membawa kerosakan. Tun M, buatlah cara tua, banyak-banyaklah bersabar. Tak rugi orang yang sabar.
Jangan tunjukkan bahawa orang bijak macam Tun M rupa-rupanya tak punya sifat sabar. Juga Janganlah tunjuk bahawa Tun dah terkena sakit nyanyuk. Kepada pro Najib dan anti Najib, jangan fikir rakyat akan memilih antara Najib atau Tun mahathir sahaja. Yang meluat dengan kedua-duanya juga lebih ramai.
Jho low tu masih samar-samar..Tun M tembak berdasarkan claim sarawak report dan bukannya bukti ditangan..tapi cina-cina yang belasah berbillion-billion subsidi kepada IPP tu dah memang terang lagi bersuluh..
Sedih tengok melayu sama melayu berperang.Kebodohan yang akan menjatuhkan bangsa sendiri.Kebencian yang ditabur bersama fitnah boleh menaikkan rasa bangang bangsaku tanpa berfikir fakta atau auta.Bodohnya melayu sampai ke tulang hitam.Teruskan,..teruskan..Sampai bangsa lain mengambil hak kamu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Ini bukan Melayu lwn Melayu lah Tuan Admin..ini antara Melayu dengan Mamak + Cina...
Bagaimana dengan bekas MB Terangganu punya cerita pula?Ikut cerita berkenaan 1MDB ini dengan lapang dada.Jangan berkhiblat dengan mana-mana pihak.Soalan yang mudah ditanya tetapi jawapan tidak sempurna,mengapa kepala-kepala yang ada diam saja?.Adakah mereka-mereka ini tunggul saja?.Harap tuan jangan terlalu emosi,relex.payah sangat cari cerita-cerita yang lain.Malaysia sekarang ini terlalu banyak bala yang menimpa.Minta maaf sekiranya tulisa saya ini menggangu emosi Tuan.
sebab itulah kita tunggu siapnya laporan audit negara.fitnah tony phua jelas sudah diketahui.laporan belum siap ada kelompok memburuk2kan 1MDB tanpa bukti dan asas yang kukuh.seolah-olah mereka berada dalam 1MDB!memburukkan orang berdasarkan hanya pada andaian dan prasangka buruk! ini kerja setan!
Post a Comment