Saturday, 20 June 2015

Khasiat Hebat Biji Buah Kurma!!!


Jangan Buang Biji Kurma Selepas Makan, Ketahui Khasiat Hebat Biji Buah Kegemaran Rasulullah Ini!




Hari ini 20 June 2015 bersamaan 3 Ramadan 1436 H merupakan hari kedua umat Islam menunaikan ibadah 
puasa di mana kita masih ada lagi 28 hari untuk 
mencapai hari kemenangan melawan godaan nafsu 
dan syaitan.

Bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan di mana 
bulan suci ini Allah menjanjikan pelbagai ganjaran yang hebat kepada hambaNya jika melakukan ibadat dan 
berbuat kebaikan.

Ramadan pasti secara ironinya kita umat Islam tidak 
dapat dipisahkan dengan tamar atau pun kurma. Buah kegemaran Rasulullah ini pasti terjual di mana-mana 
sahaja pada bulan Ramadan terutamanya pasaraya 
dan bazar Ramadan.

Buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat kepada 
manusia seperti memberi tenaga segera kepada kita, 
Kaya dengan serat dan potassium, menajamkan 
ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus 
mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.

Tetapi tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat 
yang hebat.

Bagaimana hendak memakan biji kurma 
ini untuk mendapatkan khasiatnya?


Pasti anda pernah dengar kopi biji kurma? tidak susah 
kerana kopi biji kurma ini ada boleh lakukan sendiri di 
rumah kerana prosesnya begitu mudah. ikuti cara-cara 
ini:

1. Basuh biji kurma tersebut dan toskan.

2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian 
di bawah cahaya matahari.

3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma 
tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga 
hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.

4. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan 
terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk 
di minum.

Antara kebaikan dan khasiat kopi biji 
kurma:

1. Memberi tenaga segera

2. Memulihkan tenaga Syahwat

3. Menyembuhkan kencing manis

4. memberi tenaga kepada lelaki dan wanita

5. Menghilangkan letih dan lesu

6. Menghangatkan badan

7. Mengendorkan saraf yang tegang

8. Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal 
dan masuk angin

9. Menyembuhkan sakit perut

10. menyegarkan badan/tidak mengantuk

11. Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok 
dan goutt

12. Menyembuhkan sakit kepala/ migrain

13. Melancarkan peredaran darah


Berikut adalah komposisi kimia dan nutrisi dalam 
biji kurma:

Kelembaban
7.17 – 9 %

Protein
1.82 – 5.2 %

Lemak
6.8 – 9.32 %

Karbohdrat
65.5%

Serat
6.4 – 13.6 %

Abu, Sterol & Estrone
0.89 -1.57 %

Polisakarida Larut Alkali
0.89 – 1.57 %

Minyak Kuning-hijau
6 – 8%

Kandungan Asid Lemak Minyak Kuning-hijau
Lauric, 8%; myrictic, 4%; palmitic, 25%;
Stearic, 10%;oleic, 45%;

Linoleic, 10%; juga terdapat kandungan asid 
kaprilik & kaprik.

Asid Oksalat
Julat sehingga 56%

Selain itu kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk 
diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub 
untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji 
kurma ini dengan madu sebelum sapukan.

Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau 
rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum 
tidur. InsyaAllah hasil yang menakjubkan akan anda 
perolehi.

Nampaknya begitu banyak khasiat biji kurma ini. Kita 
pun selama ini tidak tahu akan kehebatan biji kurma ini.

Jadi Sahabat-sahabat semua bolehlah cuba membuat 
kopi ini sendiri kerana tidak rugi malahan berbaloi 
dengan khasiat yang bakal kita perolehi-kitabantaiinfo

Rujukan:

1. http://pondokibu.com/
2. http://munirahsyedabubakar.com/
3. http://kopi-kurma.blogspot.com/
4. Besbes et al,2004
5. http://ekhi3.blogspot.com/

No comments: