Thursday, 25 June 2015

GELARAN,KEDUDUKAN,PANGKAT MENJERUMUSKAN DIRI KE NERAKA ANGKARA ANGKUH DAN SOMBONG!!!


Numan bin Tsabit atau yang biasa kita 
kenal dengan Abu Hanifah, atau popular 
disebut Imam Hanafi, pernah berselisih 
atau terserempak dengan anak kecil 
yang berjalan mengenakan sepatu kayu.


"Sang imam berkata, "Hati-hati nak 
dengan sepatu kayumu itu! Jangan 
sampai kau tergelincir."

Anak kecil ini pun tersenyum dan 
mengucapkan terima kasih atas 
perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, tuan?", 
tanya si anak kecil.

"Nu'man namaku.", jawab sang imam.

"Jadi, tuan lah yang selama ini terkenal 
dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom 
(Imam Agung) itu..?", tanya si anak kecil.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu, 
masyarakatlah yang berprasangka baik 
dan memberi gelaran itu kepadaku."

"Wahai Imam, hati-hati dengan gelaran 
mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir 
ke neraka kerana gelaran."

"Sepatu kayuku ini mungkin hanya 
menggelincirkan aku di dunia. Tapi 
gelaran mu itu dapat menjerumuskan 
mu ke dalam api yang kekal jika 
kesombongan dan keangkuhan 
menyertainya."

Ulama besar yang diikuti banyak umat 
Islam itu pun tersungkur menangis. 
Imam Abu Hanifah (Hanafi) bersyukur. 
Siapa sangka, peringatan datang dari 
lidah seorang anak kecil.

Betapa ramai manusia tertipu kerana 
pangkat, jawatan, jabatan, tertipu kerana 
kedudukan, tertipu kerana kemaqamannya. 
Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk 
keangkuhan.
Ya Karim!
Semoga kita menjadi seseorang yang 

lebih bertanggung jawab lagi.

No comments: