Monday, 22 June 2015

Kisah Benar Pelajar 16 Tahun Ketagih Seks!!!




Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa 
apabila seorang gadis mengaku melaku
kan hubungan seks sehingga lima kali 
seminggu dengan teman lelaki seusia di 
rumah kedua-dua keluarga mereka ketika 
masing-masing baru berusia 14 tahun.

Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, 
mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki 
sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan 
terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, 
kali pertama dia melakukan seks di rumah 
teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu 
sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat 
hingga lima kali saya melakukan hubungan 
seks dengannya.

“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya 
tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya 
saya bawa teman lelaki pulang atau melakukan
nya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya 
tiada”

Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 
tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan 
nafsunya.

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng 
dan melepak bersama rakan, bertukar teman 
lelaki adalah kebiasaan.

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa 
itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat 
teman baru.

“Cukup dengan menawarkan diri untuk 
ditiduri, senang-senang saya dapat teman 
baru.

Walaupun sering bertukar pasangan dan 
melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy 
mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, 
dan ini kali pertama dia mengandung hasil 
hubungan dengan teman lelakinya yang 
tinggal berjiran.

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami 
tidak pernah guna kondom atau pil pencegah 
hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan 
hamil kerana hanya tahu seronok 
melakukannya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, 
ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam 
gejala sosial dan antara pelajar bermasalah 
di sekolah.Katanya, oleh kerana melakukannya 
bersama rakan lain, setiap perbuatan dilapor
kan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan 
keluarga.

“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti 
bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu 
bapa… kawan menjadi penyelamat.

“Saya dan rakan berpakat untuk mereka 
cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya 
kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan 
kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami 
bergaduh untuk mempertahankan rakan yang 
dibuli pelajar lain.

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika 
pemeriksaan di klinik selepas neneknya 
mengadu mengenai perbezaan bentuk 
tubuhnya kepada ibunya.

“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit 
dalam perlakuan tidak bermoral kerana di


rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri 
dan membantu keluarga bila disuruh melaku
kan kerja rumah.

“Semua perkara buruk itu saya buat bila 
ponteng sekolah dan keluar pada waktu 
malam,” katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar 
bermasalah kerana kerap ponteng dan 
bergaduh hingga beberapa kali ditahan 
polis, Azy turut mengakui sering bersembang 
dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan 
rakan hanya bersembang mengenai perkara 
lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar 
menjadi tabiat.

“Ada antara kami mengaku pernah melakukan 
seks dan mengajak rakan lain mencubanya. 
Bermula daripada situ, kami belajar mengenai 
seks selain kerap bertukar video lucah,” 
katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula 
tidak menyangka akan hamil selepas kali 
pertama melakukan hubungan terlarang 
dengan teman lelaki.

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur 
melahirkan anak di rumah teman lelakinya 
di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga 
lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya 
diselamatkan selepas beberapa jiran yang 
terdengar jeritan bayi menghubungi 
ambulans yang terpaksa memecah masuk 
rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi 
terbabit.

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu 
dan hanya melihat teman lelaki menyambut 
kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah 
seperti bidan sebelum memotong tali pusat 
bayi.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu 
kerana nyawa bagai di hujung tanduk, 
maklumlah hanya kami di situ dan tiada 
pengalaman menyambut kelahiran.

“Saya tidak sangka keseronokan sementara 
yang diperoleh ketika melakukan hubungan 
terlarang, walaupun hanya sekali, bakal 
membawa derita sepanjang hidup, malah 
kami mungkin tidak disatukan kerana 
mendapat tentangan keluarga,” katanya.

No comments: