Friday, 19 June 2015

PANDA SIMBOL HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA CHINA!!!

FAKTA!! WAJIB BACA.. 




Dua ekor panda, Fu Wa dan Feng Yi, yang 
dipinjamkan dari negara China kepada 
Kerajaan Malaysia sebagai tanda persahabatan 
dua negara. Panda ini adalah hadiah daripada 
kerajaan China kepada negara kita sebagai 
tanda hubungan diplomatik yang erat.



Hanya beberapa negara sahaja di dunia 
yang mendapat penghormatan tersebut 
sejak ianya dimulakan pada tahun 1950an. 
Adakah kita hendak tolak pemberian kerajaan 
China kepada kita bagi mengeratkan lagi 
hubungan Malaysia-China? 



Banyak zoo-zoo di Amerika Syarikat telah 
menghabiskan jutaan dollar untuk melobi 
mendapatkan panda-panda berkenaan 
untuk mendapat keuntungan lumayan, Zoo 
Negara yang dapat panda-panda berkenaaan 
dengan mudah, hendak ditolak?



Kita tengok kos apa yang terlibat:



a) Conservaation Fee USD1 juta selama 10 
tahun.

b) Bangunan RM25 juta dibiayai kerajaan 
RM10 juta dan RM15 juta dibiayai oleh badan 
lain.

c) Tanaman pokok buluh RM530,000.

d) Food and Veterinary Service RM144,000 
setahun di biayai oleh Zoo Negara.

e) Geran Kerajaan kepada Zoo Negara sebanyak 
RM5 juta (one off).



Itu kos yang ditanggung untuk panda-panda 
berkenaan. Mari kita lihat pula apa pentingnya 
negara China kepada Malaysia dan Rakyat 
Malaysia?



Perdagangan Malaysia-China pada tahun 2013 
bernilai RM203 billion dan pelaburan dua hala 
RM5.02 billion. Beberapa tahun lalu Amerika 
Syarikat dan Eropah menjadi rakan dagang 
terbesar Malaysia. 

Sekarang China menjadi rakan dagang terbesar 
kita. Jika kita masih bergantung pada Amerika 
Syarikat dan Eropah, dengan kejatuhan ekonomi 
Amerika Syarikat dan Eropah yang di alami sejak 
tahun 2008, negara kita akan turut mengalami 
kejatuhan ekonomi.



Apa kesannya? 


Penguncupan ekonomi, penutupan kilang, 
pembuangan pekerja, kehilangan gaji, 
pendapatan isirumah merosot sehingga tak 
mampu menghadapi kos kehidupan yang 
semakin tinggi, kerajaan terpaksa mengadakan 
bajet tambahan untuk bantuan kebajikan yang 
akan mengeringkan tabung kerajaan, kutipan 
cukai oleh kerajaan berkurangan.



Nasib baik rakan dagang terbesar Malaysia 
adalah negara China. Justeru ekonomi kita 
terus berkembang sehingga memperolehi 
pertumbuhan 6.2% antara tertinggi sejak 
tahun-tahun kebelakangan ini. Cuba bayangkan 
apa akan terjadi kalau kita tolak simbol 
persahabatan dengan Negara China dan 
Negara China menarik balik untuk membuat 
hubungan dagangan dengan Malaysia. 




Kesimpulannya, kalau Kerajaan PR Selangor 
boleh bercita-cita mewujudkan ladang babi 
terbesar di Asia Tenggara bernilai RM100 juta 
untuk meraikan kemenangan mereka merampas 
Selangor, apa salahnya kita berbelanja sedikit 
untuk mengekalkan hubungan dagang dengan 
China? Tak gitu? Ekonomi negara kukuh 
bukankah Rakyat akan mendapat manfaatnya 
juga bukan?-aktiviskepayangjr.





No comments: