Saturday 6 June 2015

KEHARMONIAN ANTARA AGAMA TUNJANG KEAMANAN!!!

Alhamdullillah!!!
Beginilah Kita Menjaga Keharmonian
Diantara Agama Di Negara Kita.

Syabas Pada Lelaki Ini
Mudah-Mudahan Ia Juga Mendapat
Hidayah!

Foto UMNO Bahagian Bagan Serai.

“Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Kata Kerana Muafakat” — begitulah perumpamaan yang terbias daripada keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini. Satu permuafakatan yang mencetuskan perpaduan kukuh. Seterusnya melakarkan status keamanan negara pada satu tahap yang cukup membanggakan dalam Indeks Keamanan global  
Malaysia kini diletakkan sebagai antara negara palingselamatdi Asia Tenggara. Ya, memang satu kenyataan yang mampu membuat kita menarik nafas lega. Persoalannya … di kawasan persekitaran rumah, sekolah, pejabat, pusat beli belah, Kawasan Riadah … Selamatkah? Adakah kesemua tempat tersebut selamat sehingga membolehkan negara mencapai kedudukan itu? Jika benar, bersyukurlah kita.
Dalam kita memanjatkan kesyukuran mengenainya, apa yang perlu disematkan dalam sanubari kita ialah perjuangan mendapatkan keamanan dan keharmonian tidak ada titik noktahnya. Atas dasar itulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak mengamalkan sikap lepas tangan bagi memastikan negara terus mengecap kemanisan kebebasan dan keharmonian yang lestari. Justeru, di bawah teraju kepimpinan beliau—menerusi konsep ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, semangat kesiapsiagaan untuk meningkatkan kecemerlangan dalam soal berkaitan keamanan terus diperkukuh. 
Tidak perlu disangkal lagi, Malaysia layak diiktiraf negara paling selamat di Asia Tenggara.  Namun hakikatnya, masih perlu berjaga-jaga. Lebih-lebih lagi senario masa kini menyaksikan berita Jenayah mendapat liputan penting dalam media.  Justeru, seluruh rakyat perlu menyemaikan rasa tanggungjawab untuk membantu kerajaan mengekalkan momentum keamanan negara yang sedang dinikmati. 

PERPADUAN YANG ERAT

PELBAGAI KAUM
Program-program Kehadiran PDRM dan Bandar Selamat,  menempatkan lebih ramai kakitangan bagi rondaan, serta menaik taraf dan memasang infrastruktur baru, antara inisiatif yang telah dilaksanakan. Malah, penyelidikan untuk mengenalpasti faktor-faktor belakunya jenayah banyak membantu PDRM untuk mengurangkankadar jenayah.Hasilnya, Malaysia mengalami penurunan ketara dalam jenayah jalanan (39.7 peratus) serta pada Indeks Jenayah (11.1 peratus).
Apa yang pasti, walau apapun yang kerajaan lakukan, rakyat seharusnya bangkit, sama-sama menyokong dan mengambil bahagian dalam membina persekitaran, masyarakat, seterusnya merealisasikan negara yang lebih selamat.  Sama-sama menjaga dan menambahbaik realiti mengenai jenayah di Malaysia yang sudah bertambah baik, dengan mensyukuri keamanan yang kita nikmati ketika ini.