Monday, 1 June 2015

Mahathir Sedang Bantu Najib Dan BN Untuk Menang Selesa Di PRU14!!!

Jika diteliti dengan baik, dapat dilihat kini serangan politik Mahathir terhadap Perdana Menteri Malaysia semakin hilang arah. 

Sebelum ini Mahathir memilih untuk terikut-ikut dengan suara pembangkang apabila mempersoalkan kematian Altantuya. Kemudiannya 1MDB.., dan akhirnya dakwaan mengenai kemewahan isteri Perdana Menteri DS Rosmah Mansor.


Semua isu-isu tersebut merupakan permainan persepsi pemimpin Pakatan untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri. Hala tuju mereka mudah sahaja, iaitu untuk mendapat kepercayaan rakyat didalam menawan tampuk kuasa di Putrajaya.

Kes pembunuhan Altantuya sudah 9 tahun dibicarakan di Mahkamah. Dan pembunuhnya sudah dijatuhkan hukuman oleh Hakim yang diiktiraf. Tidak ada sebaris ayat ketika perbicaraan tersebut didalam Mahkamah yang mengaitkan penglibatan Perdana Menteri Malaysia. Malah, awal-awal lagi DS Najib sebagai seorang Islam melafazkan sumpah laknat menafikan beliau mengenali wanita berkenaan.

Ini jelas diketahui oleh seluruh rakyat tetapi fakta tersebut sudah tentu dinafikan oleh penyokong tegar gerombolan pembangkang. Yang lawaknya, kini Mahathir dan pentaksubnya pula seakan-akan mempercayai apa yang dibohongkan oleh gerombolan pembangkang melalui manipulasi kenyataan Sirul Azhar yang kini lari ke Australia.

Apakah Mahathir dan para pentaksubnya mahu senada dengan gerombolan Pakatan yang menuduh sistem kehakiman di negara ini sudah tidak boleh dipercayai? Ataupun mereka-mereka ini hanya sekadar menggunakan "peluru musuh" untuk menembak kaki kawan sendiri semata-mata kerana tak puas hati?

Didalam kes 1MDB pula, rasanya sudah banyak kali Perdana Menteri menjelaskan kedudukan sebenar malah mengarahkan satu audit dijalankan bagi menyiasat jika wujudnya salah laku didalam badan pelaburan kerajaan tersebut. Kenapa Mahathir begitu rakus menyalahkan 1MDB tanpa menunggu hasil laporan audit?

Semua jawapan yang diberikan, baik dari Perdana Menteri atau 1MDB sendiri sengaja tidak diendahkan oleh Mahathir serta para pentaksubnya. Mengapa begitu? Adakah mereka ini sengaja menolak fakta yang diberikan dengan matlamat mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada? Apa yang Mahathir mahu sebenarnya?

Dan setelah semua isu-isu besar disambut dingin oleh lebih 3 juta ahli Umno dan sebilangan besar rakyat yang menyokong kerajaan, Mahathir serta para pentaksubnya terpaksa menjilat kahak yang diludahkan oleh Lim Kit Siang serta Mat Sabu. Mahathir mula menebalkan muka dan menjatuhkan maruah sebagai bekas Perdana Menteri dengan menyerang DS Rosmah Mansor.

Sangat memalukan apabila seorang individu yang dikatakan sangat berjaya sebagai pemimpin dizamannya, memilih untuk menjadikan wanita sebagai modal serangan. Tak dapat suami, isteri pun bolehlah asalkan matlamat didalam politik tercapai. Amat menjijikkan!

Kita mampu terima jika Mahathir marah dan tak puas hati kepada Perdana Menteri Najib kerana dituduh tidak melaksanakan projek-projek mega yang diilhamkan oleh Mahathir. 

Tapi apa pula salah isteri Perdana Menteri kepada Mahathir? Adakah Rosmah mengganggu perjalanan sidang Parlimen? Adakah Rosmah membatalkan semua projek pembangunan negara? Dan adakah Rosmah mengatur setiap individu didalam barisan kabinet kerajaan suaminya?

Yang didakwa cuma, Rosmah kuat berbelanja dan bermewah-mewah dengan duit rakyat. Malah Mahathir dalam satu kenyataannya mendakwa Rosmah berlagak seolah-olah Perdana Menteri Malaysia.

Persoalannya, ramai mengetahui bahawa setiap isteri orang-orang besar didalam negara ini kuat berbelanja.., melancong sini sana serta bershopping sakan diluar negara. Siapa dapat meberi jaminan bahawa isteri serta anak beranak Mahathir tidak pernah memiliki barangan mewah serta berbelanja puluhan ribu RM semasa bercuti diluar negara?

Kesimpulannya, terdapat dua kemungkinan disebalik serangan Mahathir kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang ini. Mungkin benar Mahathir mahu menjatuhkan Najib dan memenuhi nafsu rakusnya berpolitik sehingga ke penghujung usia..

Dan menarik juga untuk difikirkan bahawa serangan Mahathir sebenarnya dilakukan untuk menguatkan Najib serta Umno dan kerajaan bagi menghadapi PRU14. Serangan Mahathir melalui isu-isu besar yang ditimbulkan oleh Pakatan sebenarnya membantu Najib untuk membersihkan persoalan yang selama ini membelenggu rakyat.

Malah jika dilihat, barisan kepimpinan kerajaan kini lebih jitu dan bersatu dibelakang Perdana Menteri untuk menghadapi segala isu-isu yang dilemparkan. Jika Perdana Menteri serta barisan kabinetnya mampu menyerap segala asakan dari Mahathir, apalah sangat jika yang datang nanti hanya sekadar Mahfuz, Guan Eng dan juga Nurul Izzah.

Harus diingat, didalam politik, segalanya mungkin. Didalam politik, adakalanya apa yang kita nampak sebagai makanan, ia boleh menjadi racun yang membawa kematian. 

Dan adakalanya racun yang dilihat sebagai membawa kematian itu juga boleh menjadi ubat pemanjang umur. Cuma orang-orang yang gopoh sahaja yang selalu terpedaya dengan permainan politik. Kita ulas nanti jika ada masa.. - Chewan/Utaranews.com

No comments: