Monday, 22 June 2015

KISAH TEGAR PENYANYI CILIK!!!

TEGAR Kembali Susah, Ibunya 

Mengemis Semula.




KUALA LUMPUR - Ibu penyanyi jalanan popular 
Indonesia, Tegar Septian kembali menjadi 
pengemis gara-gara kesempitan hidup selepas 
anaknya didakwa ditipu oleh pengurus baharu
nya, Arif Dollah.

Ibunya, Ratna Dwi Sisi, 32, dikatakan menjadi 
pengemis sejak awal bulan ini di Subang, Bandung, 
Jk Indonesia kerana pendapatan dan wang 
simpanan Tegar, 14,semakin berkurangan 
berikutan penyanyi itu tidak dapat keluar dari 
Indonesia untuk membuat persembahan.

Pengarah Urusan Harpa Records, Handoko 
Kusumo mengesahkan kehidupan penyanyi yang 
popular menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah 
Yang Sekarang kembali susah kerana tidak 
mempunyai simpanan yang stabil, selain 
sudah dua kali ditipu pengurus.

"Pasport Tegar, dua buah komputer riba dan 
sebuah gitar bernilai RM13,000 tidak dikembalikan 
apabila pengurusnya menghilangkan diri. Puas kami 
mencari di apartmen tempat Tegar dan pengurusnya 
menginap di Jakarta, namun masih tidak ditemui 
hingga kini.

"Kami cuba menghubungi Arif untuk mendapatkan 
kembali pasport dan barangan peribadi Tegar, 
namun tiada jawapan diterima. 

Apabila pasport tidak dikembalikan, Tegar tidak 
dapat datang ke Malaysia untuk membuat 
persembahan dan sekarang sudah kerugian lebih 
RM60,000.

"Namun, jangan salah faham, hanya ibunya kembali 
mengemis, bukannya Tegar dan ibunya pernah 
meminjam wang daripada saya kerana pendapatan 
dari pada mengemis tidak mencukupi. 

Bagaimanapun, kehidupan Tegar memang susah 
sekarang," ujarnya ketika dihubungi semalam. 
Harpa Records merupakan syarikat rakaman 
penyanyi cilik berkenaan di Indonesia.

Katanya, pendapatan Tegar merudum teruk 
kerana selain tidak banyak persembahan 
di Indonesia, sebahagian besar persembahannya 
yang mendapat bayaran yang tinggi adalah di 
Malaysia.


Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan 
Tegar kini berada di kampung dan tidak lagi 
bekerja kerana pasport miliknya telah dilarikan 
oleh pengurus baharunya, Arif yang merupakan 
seorang warga Singapura dan sedang berada di 
Kuala Lumpur ketika ini.

Tegar sebelum bergelar artis rakaman merupakan 
seorang pengemis jalanan yang meminta sedekah 
dengan menyanyi sambil bermain ukulele di Subang, 
Bandung. 

Ibunya juga menjadi peminta sedekah di Stesen 
Kereta Api Pegaden, Bandung.

Dalam pada itu, Arif yang dihubungi Kosmo
semalam, menafikan dakwaan dia melarikan 
barangan dan pasport milik Tegar, malah 
bersedia disiasat polis jika keluarga penyanyi 
membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Katanya, dia tidak lagi menjadi pengurus 
Tegar sejak Januari lalu selepas diberitahu 
khidmatnya tidak diperlukan lagi oleh bapa 
tiri penyanyi itu.

sumber: kosmo

No comments: