Monday, 8 June 2015

6 TANDA ISTERI PUAS!!!



 Itu tandanya dia puas!!!

6 Tanda Isteri Puas

Mungkin ramai yang masih samar tentang 
definisi sebenar orgasma. Apa yang diketahui 
ia berkait rapat dengan aktiviti seks tetapi 
apakah proses yang berlaku ketika itu ramai 
yang tidak punya info tentang perkara itu?

Kebanyakan suami gemar mengambil jalan 
mudah dengan membuat tanggapan sendiri. 
Kata mereka, apabila ejakulasi berlaku ketika 
hubungan seks berlangsung bermakna 
mereka sudah sampai ke tahap orgasma. 

Sebenarnya, teori tersebut salah sama sekali.
Orgasma berlaku apabila otot-otot di bahagian 
punggung dan lain-lain kawasan di tubuh 
mengecut secara tiba-tiba.

Dalam masa yang sama, ia melepaskan 
ketegangan seksual yang terkumpul disusuli 
pula dengan sensasi mental yang mengiringi 
perasaan tersebut. Sementara itu, ejakulasi 
adalah proses pemancutan air mani dan tidak 
boleh dikelaskan bersama orgasma. 

Bagi lelaki, ejakulasi sudah cukup 
memuaskan kehendak seksual tetapi 
berbeza dengan wanita. Banyak proses 
yang perlu dilalui untuk membuatkan 
wanita puas tatkala berasmara malah 
pengalaman yang dikecapi pun tidak 
sama.

Hakikatnya, banyak factor yang mendorong 
ke arah kegagalan nikmat persetubuhan di 
mana rata-rata suami masih samar sama ada 
pasangannya sudah mengalami orgasma 
atau tidak. 

Mudah cerita, kesimpulan sendiri dilakukan 
apabila berlakunya ejakulasi. Ketahuilah, 
apabila tanda-tanda berikut berlaku kepada 
pasangan maka sebenarnya, anda telah 
berjaya menemui ‘kunci’ rangsangan dalam 
hubungan asmara. Antaranya ialah :

1. Keluar suara meneran yang agak kuat dan 
berlaku secara spontan

2. Badan menjadi tegang

3. Tubuh menjadi gementar

4. Nafas kencang dengan tiba-tiba

5. Kaki dan tangan merangkul tubuh suami 
dengan erat

6. Di peringkat kemuncak, isteri akan berasa 
seluruh tubuhnya kaku (seolah-olah tidak 
sedarkan diri) kerana 99 bahagian nafsunya 
sudah menguasai diri.
Setelah suami menemui kesemua perkara 
ini pada pasangan maka mereka perlu 
beralih ke peringkat seterusnya. Telah 
dinyatakan tadi bahawa wanita lambat 
terangsang dan kerana itulah mereka 
perlukan sedikit masa untuk mengendurkan 
semula otot-otot yang tegang.

Agak menyedihkan apabila segelintir suami 
yang mementingkan diri sendiri dengan 
meninggalkan isteri begitu sahaja selepas 
hubungan intim selesai. Kebiasaannya, 
wanita mengambil masa paling kurang 
lima belas minit untuk kembali normal 
dan suami sepatutnya menggunakan masa 
berkenaan untuk terus merangsang isteri 
sama ada dengan ciuman, belaian atau 
cukup dengan ucapan terima kasih yang 
romantik.

Peranan suami selepas orgasma 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sedarlah bahawa isteri adalah tempat untuk 
berkongsi segalanya. Suka duka, kasih sayang, 
rindu dendam dan macam-macam lagi. Kata-
kata pujian dan belaian amat didambakan 
kerana itulah fitrah wanita. Oleh itulah, 
selesai ‘bersama’, suami tidak patut 
meninggalkan isteri begitu sahaja sebaliknya 
lakukan perkara-perkara berikut :

1. Hadiahkan kucupan di dahinya sebagai 
tanda penghargaan dan terima kasih

2. Dakap isteri dengan mesra

3. Elakkan dari terus mengalihkan badan 
ke arah lain sebaliknya kekallah berbaring 
dalam posisi menghadap isteri.

4. Setelah suasana kembali tenang, ambil 
kesempatan untuk menasihati isteri mengenai 
perkara-perkara yang tidak ‘enak’ di mata 
suami dengan cara yang paling baik

5. Gunakan kain tuala untuk mengelap peluh 
yang mengalir di dahi isteri. Tindakan sebegini 
memberi makna bahawa anda sangat prihatin 
dan sayang padanya

6. Sambil berbicara, belai tubuh isteri dengan 
penuh kasih sayang-9gelak.

No comments: