Saturday 20 June 2015

Hak TMJ Untuk Bersuara Kata Mufti Perlis!!!

Tiada Siapa Boleh Nafi Hak TMJ Untuk Bersuara Kata Mufti Perlis

MUFTI YANG SUKA BERPOLITIK!SUKAKAN PUBLISITI DAN GLAMOUR!!!

[mstar]- Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan sokongannya terhadap Tunku Mahkota Johor dengan menyatakan bahawa beliau mempunyai hak untuk menyatakan pendapatnya.

"Sebagai seorang yang hidup dalam negara ini, juga seorang anak Sultan, tiada siapa boleh menafikan hak beliau bersuara," kata Asri di laman Facebooknya DrMAZA.com.

Beliau berkata, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bercakap bagi faedah orang awam.

"Saya baru sahaja terbaca kenyataan beliau yang terakhir tentang teguran beliau, saya hormati, "Moga beliau terus berjuang untuk kepentingan awam. Amin," katanya, Isnin.

Terdahulu, dalam perang mulut dalam kenyataan TMJ, beliau mengingatkan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa 'beliau adalah menteri dan bukan Tuhan dari syurga'.

Tunku Ismail di halaman Facebook Johor Southern Tigers berkata bahawa beliau bersuara bagi memberikan pandangan dan peringatan kepada pemimpin tentang amanah yang telah diberikan kepada rakyat.

Menurut Tunku Ismail, serangan terhadapnya dan teguran yang tidak dapat diterima itu jelas menunjukkan kepada rakyat sikap angkuh dan sombong pemimpin berkenaan.

Tunku Ismail turut menggesa ahli-ahli politik untuk tidak menggunakan beliau untuk mengalihkan perhatian daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu-isu nasional yang lain.

"Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti," tegas Tunku Ismail.

Pada Sabtu, Nazri telah mengkritik Tunku Ismail dengan berkata, kerabat diraja tidak seharusnya melibatkan diri dalam politik.

Nazri berkata demikian sebagai mengulas posting yang dibuat oleh Tunku Ismail pada 5 Jun, mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak menghadiri sesi dialog terbuka yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Tunku Ismail dengan segera memberi maklum balas terhadap posting tersebut melalui video dengan hanya memberi isyarat seolah-olah baginda tidak takut untuk menghadapi sebarang cabaran.

Pada Isnin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Nazri akan disiasat di bawah Seksyen 505B Kanun Keseksaan berikut kenyataan beliau terhadap Tunku Ismail.

KD:

Persoalannya sanggupkah TMJ menelan kata hentaman dan makian yang biasa berlaku dalam kemelut politik???
Nazri baru cakap ayat belasah pun dah kelam kabut sampai nak guna akta hasutan!

Aku hanya nak mengingatkan batasan fungsi institusi yang diberi tugasan dalam perlembagaan.

Peganglah tuntutan perlembagaan Malaysia! Mencampuri hal yang di luar tugas masing-masing akan mengundang kemelut yang berpanjangan!

TMJ boleh campur politik dengan persepsi bahawa PM di pihak yang salah!Tapi sanggupkah TMJ menerima serang balas dari penyokong PM???

Jangan hanya kerana dilindungi akta hasutan TMJ boleh cakap apa saja! Boleh perli orang tanpa mengira perasaan orang lain!

Dia boleh kata orang tanpa rasa takut.Orang nak balas takut kena akta hasutan.Di mana kah keadilannya di sini?

Semulia nabi Muhammad pun tak dilindungi akta hasutan.Nabi membenarkan orang lain untuk berhujah dengannya tanpa guna kuasa menghalang!

Adalah lebih mudah TMJ turun takhta dan berkecimpung dalam politik sepenuh masa kalau itulah minatnya.

Berjuanglah,turun padang menyelinap masalah rakyat dengan jiwa rakyat!Rasailah kesusahan rakyat yang tak mampu hidup bermewah-mewahan dalam segala hal!

Jangan berselindung di sebalik akta hasutan yang jelas menjahit mulut rakyat dalam menyuara ketidakpuasan hati dengan apa yang terjadi di depan mata!!!

Ingatlah,Allah yang maha berkuasa,bukan manusia!



1 comment:

Anonymous said...

Nak telan x tertelan,nak muntah x boleh jugak.Ditelan mati tercekik,diluah pasti kena tangkap.Berdiam bukan berti takut,setinggi-tingi helang diangkasa,kedahan jua akhir hinggapnya.