Untuk Renungan Bersama.....
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi
Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah
Mahmood.
Seorang gadis datang menemui Rasulullah
dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam
poket bajunya..
Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang
menanggung kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan
kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu
sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal
yang berlaku padanya.
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah
anak yatim piatu. Malam tadi aku telah
bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan
aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis
tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah
mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah
mula tertarik dengan penjelasan gadis
tersebut.
"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam
neraka. Keadaannya amat menyedihkan.
Ibuku meminta diberikan air kerana dia
amat dahaga kerana kepanasan api neraka
itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana
kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada
seketul keju dan di tangan kanannya ada
sehelai tuala kecil.
Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua
benda tersebut untuk menghalang api
dari membakar tubuhnya.
Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia
menerima balasan sebegitu rupa sedangkan
ketika hidupnya ibuku adalah seorang
hamba yang patuh dengan ajaran islam
dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika
hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua
benda itu sahaja iaitu seketul keju dan
sehelai tuala kecil pernah disedekahkan
kepada fakir...
Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka
dan menunjukkan kelebihan hartanya
sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya
beliau berada di syurga dan sedang
menjamu penghuni syurga dengan
makanan yang lazat dan minuman dari
telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana
sikapnya yang dermawan dan kuat
beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku.
"Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan
menanggung azab di neraka. Tidakkah
ayah ingin membantu ibu sedangkan di
dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan
menurut perintah agama"
Lalu dijawab oleh ayahnya.
"Sesungguhnya beliau dan semua penghuni
syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi
walau setitik air kepada isterinya kerana itu
adalah pembalasan untuk kebakhilan yang
dilakukan ketika di dunia"
Oleh kerana kasihan melihat azab yang
diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk
sedikit air mengguna tapak tangan kananku
lalu dibawa ke neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir
ibuku, api neraka telah menyambar tanganku
sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati
tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya
aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil
airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya
ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah
tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.
Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah
benar maka disembuhkanlah agar menjadi
iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis
tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata,
"Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya
kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan
segala dosanya terampun.."
INSYAALLLAH."
5 comments:
Tidak berhimpun iman dan bakhil dlm satu hati.
Sedekah memadamkan murka Allah swt dan menjauhkan kematian yg buruk.
Sedekah menghapus dosa spt air memadam api.
Sifat bakhil membawa kebinasaan.
Haa..baguih.
Blog Kutukan Dewata selalu pamir perempuan itu dan ini( seks dan si)
Nanti api neraka lagi menjulang..
he..he..apa-apa artikel baik, saling mengingatkan..
(Dulu dua kali dalam seminggu tu ke pawagam rex seremban tengok filem indon kutukan dewata niih....lepas tu seronok tengok kung fu bruce lee lak...)
biasalah bro...pembaca aku ni terdiri dari pelbagai jenis.terpaksa layan semua...mesra bloggerlah wei!!
tu ..syiah dan wahabi kata ini semua Bida'ah , mana boleh main kirim-kirim pahala pada orang yang dah mati ? ingat pahala tu macam pos laju ke ?
mereka kata , bacaan talkin itu Bida;ah, doa beramai-rami lepas solat itu Bida'ah, baca yassin untuk orang mati itu bidaah, kenduri arwah itu salah,
habis tu kenapa Nabi kata banyakah zikir dan sedekah , pahala kirimkan kepada ibu mu ?
Post a Comment