Sunday 7 September 2014

Niat Rogol Terbantut Selepas Ditazkirah!!!


Niat Rogol Terbantut Selepas Ditazkirah 

Hukum Dosa Yang Bakal Ditanggung.


Seorang lelaki yang sudah membogelkan rakan 
sekelasnya membatalkan niat memperkosa mangsa 
sejurus diberikan ‘tazkirah’ berhubung dosa 
besar bakal ditanggung.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, suspek 
yang berusia 20-an sebaliknya meminta maaf, 
selain membantu mangsa memakai semula 
jubah yang sebelum itu ditanggalkan.

Sumber polis berkata, kejadian bermula apabila 
mangsa tertinggal Mykad di dalam kereta suspek 
yang dinaiki sebaik mangsa pulang dari 
menghadiri kelas di sebuah kolej swasta 
di Cheras.

Menurutnya, mangsa yang berusia 23 tahun itu 
kemudian menghubungi suspek dan meminta 
Mykad itu dihantar kembali kepadanya.

“Bagaimanapun, mangsa diminta berjumpa di 
restoran berdekatan untuk mengambil semula 
Mykad itu sejam kemudian.

“Sebaik berjumpa dengan lelaki itu, suspek 
memberi alasan Mykad mangsa tertinggal di 
dalam bilik hotel. Dia kemudian meminta 
mangsa mengikutnya hingga bilik hotel 
berkenaan,” katanya.

Dia berkata, mangsa bagaimanapun ditolak ke 
atas katil sebelum 
cuba diperkosa.

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.