Thursday, 11 September 2014

SITI SALEHA DITUDUH BERGAMBAR LUCAH!!!






Pelakon Siti Saleha tidak menganggap gambar yang dimuat 
naik ke laman Instagram miliknya ketika bercuti di Pulau Tioman 
baru-baru ini sebagai keterlaluan dan lucah.

Siti Saleha, 24, berkata, sebagai seorang selebriti dia sedar 

pergerakannya diperhatikan peminat dan sentiasa berhati-hati 
sekiranya ingin berkongsi gambar peribadi dalam laman sosial.

"Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan 

kerana pada saya ia hanya bersifat artistik.

"Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-

hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial," 
katanya kepada mStar Online.

Saleha ditemui pada sidang media teater Asmara-Ra All Stars 

yang diadakan di Kaki Seni SS2 Mall di sini pada Selasa.

Gambar inilah yang menjadi kontroversi.

Saleha mengulas mengenai sekeping gambarnya yang 
dirakamkan daripada bahagian belakang badan sambil 
duduk di atas kayu di tepi pantai.

Pengikut profilnya menganggap gambar tersebut sebagai 

lucah dan Saleha menerima pelbagai kritikan daripada 
pengikut di laman sosial tersebut.

Dalam pada itu, Saleha berkata, dia tidak terlalu memberi 

perhatian terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan 
kepadanya kerana menganggap ia perkara biasa.

Bagaimanapun dia mengakui ada menyekat pengikut 

Instagram yang disifatkan melampau dan keterlaluan 
daripada mengikuti perkembangannya di laman tersebut.

"Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi 

seorang selebriti dan saya terima cuma mana yang 
terlalu melampau saya akan sekat mereka," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam 

Asrama-Ra All Stars, Saleha berkata ini adalah kali kedua 
dia akan muncul di pentas teater.

Jelas Saleha, persembahan teater memberikannya 

kepuasan berbeza berbanding drama dan filem namun 
terpaksa menolak banyak tawaran daripada produksi 
kerana komitmen penggambaran.

"Kali terakhir saya berlakon teater adalah pada tahun 

2009 iaitu Stage Theraphy dan saya cukup teruja apabila 
akhirnya dapat kembali ke pentas teater.

"Bukan tiada tawaran sebelum ini tetapi kekangan 

masa membuatkan saya terpaksa menolak kerana 
untuk berlakon teater kita kena berikan komitmen 
penuh," ujarnya.

Teater arahan Khairunazwan Rodzy itu bakal dipentaskan 

di KLPAC pada 16 hingga 19 Oktober depan dan turut 
menampilkan barisan pelakon seperti Sherry Al-Hadad, 
Sharifah Amani, Nadiya Nisaa, Dira Abu Zahar dan 
Amerul Afendi.

Tiket untuk menyaksikan teater berkenaan dijual pada harga 

RM40 (tempahan awal) dan RM50. Tempahan dan pembelian 
boleh menghubungi Nik Chip Afiq di talian 010-7603101.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman Facebook dan Twitter:  

Revolution Stage.Sumber: mstar.com.my

No comments: