Friday, 12 September 2014

SOALAN BOCOR!!! SEMUA INI SALAH CIKGU!!!CIKGU JAHAT!!!





Kesian anak-anak kecil ini..mereka telah jadi mangsa kerakusan pihak tidak bertanggungjawab yang membocorkan soalan Bahasia Inggeris dan Sains 
UPSR..


Inilah salah satu kelemahan bila mana kita terlalu mementingkan keputusan pepriksaan daripada Ilmu untuk amalan pelajar...kita di Malaysia tidak dapat 
lari dari berorientasikan peperiksaan...


Bilamana hendak mengubah konsep yang tidak 
mengkhususkan peperiksaan, kerajaan perkenalkan 
PT3, PBS namun mendapat kritikan banyak pihak terutamanya guru dan ibu bapa...


Negara kita sekarang ini memasuki fasa pendidikan berkualiti yang mana masih mencari kelemahan 
untuk diperbaiki agar sistem pendidikan kita 
dinaikkan martabatnya...


Kita masih tercari-cari apakah kaedah orientasikan peperiksaan harus diteruskan atau mengubah 
kepada 1 cara yang lebih efektif dan diterima pakai...dengar kata PT 3 yang bakal berlangsung 
juga tidak ramai yang berkenan...


Peperiksaan Sejarah dan Geografi sudah berlangsung 
namun keputusannya ada yang tidak sepadan dengan 
perkembangan kognitif pelajar...


ada pelajar yang cemerlang dan ada pelajar yang belakang..apabila kedua-dua pelajar ini menjawab 
membuat tugasan Sejarah markah mereka tak jauh beza...



Berbalik kepada isu UPSR bocor ini..


"Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan 
memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR 2014 yang dijadualkan hari ini adalah dibatalkan.


"Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 
014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersama dengan kertas Sains," 
menurut kenyataan itu.



Nasib cikgulah.......



Kesian cikgu..kertas soalan bocor pun cikgu yang dijadikan kambing hitam.


Mungkin kita tak sedar bahawa, yang buat soalan memang cikgu tapi yang taip soalan untuk hantar printing bukan cikgu. 


Yang baca proof bukan cikgu , yang cetak soalan diprinting juga bukan cikgu, yang bungkus soalan 
bukan cikgu... 



Cikgu terima semula soalan yang siap dibungkus semasa proses penyimpanan dibilik kebal..


2 lapisan bungkusan keselamatan perlu dibuka oleh ketua pengawas dengan 
disaksikan pengawas yang 
lain dihadapan sekurang-kurangnya 15 calon yg 
berada dalam kelas peperiksaan.. 


Kita jangan lupa kes STP bocor tahun 84..

Yang 
ditangkap bukan cikgu tetapi pembantu 
pejabat di LPM yang semestinya bukan cikgu... 


Apa pun sekarang cikgu sedang di"kambing hitam"kan untuk menutup kesalahan/kecuaian 
pihak lain...


No comments: