Thursday, 25 September 2014

BEROMEN DALAM TOILET!!!

GILER KER??


Lawak bila  baca ruangan artis dalam 
satu akhbar di pagi Jumaat yang mulia 
nie. Macam dah tak ada cerita yang 
mereka ingin jajakan untuk tatapan 
pembaca. 

Bukannya ingin menyambung cerita ini, 
tapi mahu kita semua berfikir apakah 
fikiran kita sebagai pembaca sekarang 
sudah hilang moralitinya?

Apakah mereka yang menjajakan 
cerita sebegini rupa, tidak berfikir 
dahulu adakah ianya benar terjadi 
atau pun tidak? Adakah mereka 
berfikir dahulu perasaan mereka 
difitnah jika perkara ini tidak benar? 

Nak laku dan bagi paper anda meletop 
pun kenalah dengan caranya jangan 
main HENTAM KEROMO saja!!

Baca di bawah:

"Siapa yang cakap benda macam ini? Saya tak nak 
komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang 
menyampaikan cerita itu!” tegas pelakon dan pengacara 
Tasha Shilla yang terkejut dengan dakwaan terbaru 
mengatakan dia melakukan ‘perbuatan sumbang’ dengan 
teman lelakinya Han di set penggambaran, baru-baru ini.

Tasha atau Natashasheilla Abdul Razak, 27, berkata, 
tuduhan kononnya dia ‘memadu asmara’ dengan 
kekasihnya di dalam bilik air di sebuah lokasi drama 
bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna yang menjalani 
penggambaran adalah fitnah mengaibkan.

“Saya sampai tak tahu nak respons apa. Memang 
mengejutkan sebab macam tak sudah-sudah orang 
nak memalukan saya dengan cerita macam ini.“Saya 
sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-
cukuplah buat saya macam ini. 

Ini tuduhan melampau dan memalukan.“Takkan saya 
tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu 
di tempat kerja?” katanya, petang semalam.Sumber 
yang juga kru produksi drama bersiri 32 episod itu 
mendakwa berasa jelak dengan sikap Tasha yang tidak 
sensitif dan segan kerana berkelakuan sumbang dengan 
kekasihnya di lokasi, baru-baru ini.

Pada yang suka jadi Mat Kepoh tu 
hentilah perbuatan korang tu. Bukan 
ada faedah pun, artis nie ada kacau 
hidup korang ker? If mereka nie 
bersatu dan berkahwin, yang dapat 
pahala dia. Lagi besar pahalanya bawa 
orang masuk Islam. Korang dapat 
ape??? Lu pikirlah sendiri....

Didoakan artis ini terus berjaya dalam 
hidup dan kerjayanya.

Allah takkan mengubah seseorang itu 

selagi dia tak berusaha untuk mengubah 
dirinya sendiri.-gossiprakyat.

No comments: