Monday, 8 September 2014

MINUM MELAMPAU,BADAN ROSAK OTAK SASAU!!!


REMAJA PEREMPUAN LALOK TERPAKSA DIANGKAT MASUK VAN PENGUATKUASA JHEAINS



 Walaupun dikejut beberapa kali, namun remaja perempuan ini 
langsung tidak sedarkan diri. Gambar kanan: Kumpulan remaja 
yang diperiksa oleh Bahagian Penguatkuasa JHEAINS di Dataran 
Seremban.

 
SEREMBAN –  Walaupun telah dikejut berulang 
kali, namun dipercayai lalok dengan bahan terlarang, 
seorang remaja perempuan tingkatan lima terbaring 
tanpa sedarkan diri di Dataran Seremban di sini.

Malah, ibu bapanya yang dimaklumkan perkara itu 
terpaksa meminta bantuan Jabatan Hal Ehwal Agama 
Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk membawa 
anaknya ke Hopsital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, 
berikutan bimbang keadaan bertambah buruk.

Remaja terbabit antara 12 yang diperiksa oleh Bahagian 
Penguatkuasa JHEAINS dalam pemeriksaan dilakukan 
di lokasi berkenaan jam 10 malam kelmarin.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa JHEAINS, 
Ahmad Zaki Hamzah berkata, ketika pemeriksaan tersebut, 
didapati kumpulan remaja lelaki dan perempuan berusia 
seawal 16 tahun hingga 20-an itu sedang leka menghidu 
gam dan meminum minuman keras.

“Kami dapati sebahagian daripada mereka  memegang 
bungkusan plastik dipercayai berisi gam, selain terdapat 
botol-botol arak bersepah di kawasan itu.

“Manakala remaja perempuan berkenaan dilihat terbaring 
tanpa sedarkan diri walaupun cuba dikejutkan beberapa 
kali,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan remaja terbabit 
terpaksa diangkat masuk ke dalam van penguatkuasa 
berikutan bimbang berlaku sesuatu tidak diingini 
terhadapnya.

Ahmad Zaki berkata, ibu bapa remaja itu yang datang 
ke bahagian penguatkuasa setelah dihubungi, cuba 
mengejutkannya namun dia masih tidak sedarkan diri.

“Ibu bapanya yang tinggal di sekitar daerah ini datang 
dengan menaiki motosikal terpaksa meminta bantuan 
kami untuk membawa anaknya ke HTJ kerana bimbang 
keadaan remaja terbabit.

“Manakala pada pemeriksaan tersebut empat remaja 
lelaki yang diperiksa, ditahan di bawah Enakmen 
Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana didapati 
mengambil 
minuman memabukkan yang mensabitkan 
hukuman 
denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau 
kedua-
duanya sekali,” katanya.

Sementara itu katanya, ibu bapa dinasihatkan agar 
memantau pergerakan anak-anak khususnya golongan 
remaja agar tidak terjerumus dengan perkara tidak 
sepatutnya yang boleh merosakkan masa depan mereka 
kelak.
Sumber: Sinar Harian

No comments: