Friday, 12 September 2014

KUBUR PANJANG DI IRAQ!!! BUKTI KEKEJAMAN ISIL!!!


500 MAYAT DITEMUI DALAM SATU LAHAD DI IRAQ.




Lubang dipenuhi mayat ditemui di utara Mosul. - Foto AFP

MOSUL - IRAQ. Kira-kira 500 mayat ditemui 
dalam sebuah kubur di daerah Hamidat, 
wilayah Mosul di utara Iraq.

Jurucakap kerajaan wilayah utara Mousl 
berkata, sebahagian mayat itu dipercayai 
tahanan dari penjara Badoosh yang dibunuh 
kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).

"Kami menemui sebuah kubur besar di 
barat Mosul dipenuhi orang awam termasuk 
budak. Mereka dipercayai berasal dari puak 
Izadi Kurd, yang secara khusus menjadi 
sasaran ISIL," katanya.

Menurut Al Arabiya, Sejak 10 Jun lalu, 
kumpulan ISIL semakin mengganas selepas 
menawan Mosul dan Tikrit, yang terletak 140 
kilometer barat laut Baghdad.

Difahamkan, ISIL kini dapat mengawal timur 
Syria dan kawasan utara dan barat Iraq.

Susulan konflik itu, Arab Saudi, Qatar dan 
beberapa negara Teluk Parsi kini terpaksa 
berwaspada susulan kebimbangan serangan 
itu akan merebak ke negara mereka.

Bagaimanapun, pegawai kanan Iraq mendakwa, 
mempunyai hubungan rapat dengan perisikan 
Saudi dan dipercayai secara tidak langsung 
disokong oleh rejim Israel.

Sumber: Sinar Harian

No comments: