Tuesday, 23 September 2014

PAS YANG DULU BUKANLAH PAS YANG SEKARANG!!!


Pok Nik dah tahu calon PAS kalah di #prkpengkalankubor


DULU YANG BERTARAF ULAMAK MENDOAKAN KEMUSNAHAN TERHADAP MUSUH POLITIK MEREKA! DI AMINKAN JUGA OLEH PARA ULAMAK MEREKA!SEMUANYA SELARI DAN BERLANDASKAN AJARAN ISLAM KATA MEREKA!!!




SEKARANG ULAMAK SETENGAH MASAK MENDOAKAN LAKNAT TERHADAP RAKAN MEREKA SENDIRI! ADA YANG MARAH-MARAH DENGAN MENYATAKAN PERBUATAN ITU BUKANLAH DARIPADA AJARAN ISLAM! ISLAM TIDAK SURUH MALAH MELARANG PERBUATAN TERKUTUK ITU KATA MEREKA!!!

YANG IRONIS NYA,MENGAPA UNTUK ORANG LAIN BOLEH,KENA KEPADA DIRI SENDIRI TAK BOLEH??? MAZHAB APA YANG MEREKA PAKAI NI?HUKUM APA YANG MEREKA GUNAKAN??? APAKAH MEREKA SEMUA ANAK CUCU BALA'AM BAURA,WALI ALLAH YANG MENDOAKAN LAKNAT TERHADAP NABI MUSA???

AKHIRNYA ALLAH MEMPALINGKAN LAKNAT TERSEBUT TERHADAP BALA'AM BAURA DAN PENGIKUTNYA! HIBRAH TELAH PUN BERLAKU!!!

JELAS ALLAH MEMPERLIHATKAN KIFARAH YANG TERPAKSA DITANGGUNG OLEH PAS!

APAKAH MEREKA MASIH BELUM INSAF DAN SEDAR DENGAN KIFARAAH YANG ALLAH TELAH TUNJUKKAN INI???

PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA SELAGI NYAWA BELUM SAMPAI KE HALKUM!!!



Dari blog Budak Sri Kinta


MAT SABU MENGGELUPOR KENA 

DOA DENGAN PERWAKILAN PAS !!!



Batu Pahat – Seorang perwakilan di Muktamar 
PAS mengambil peluang dalam ucapannya 
untuk membacakan doa yang mengutuk 
pemimpin parti – termasuk timbalan 
presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN 
parti itu di Selangor.
PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin 
membacakan doa sepanjang 20 minit 
memohon laknat Allah terhadap dua 
ADUN PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) 
dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang 
disebelum ini dilabel sebagai derhaka 
dan belot kerana melanggar keputusan 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul HAdi 
Awang dan MAjlis Syura Ulama.
Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong 
presiden PKR sebagai calon menteri besar 
Selangor yang baru dalam pengakuan 
berkanun mereka walaupun PAS pusat 
memutuskan untuk terus menyokong 
kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 
di Selangor.

Dalam doanya itu, beliau turut meminta 
agar Timbalan Presiden parti tu, Mohamad 
Sabu tidak lagi mengeluarkan kenyataan 
yang bertentangan dengan presiden PAS.
Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat 
ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik 
perumpamaan “nila setitik yang merosakkan 
susu sebelanga”.
“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu 
Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang 
sangat beracun,” katanya dalam doa itu 
sambil menadah tangan.
Kebanyakan perwakilan yang bersidang di 
bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, 
Batu Pahat itu dilihat turut menadah 
tangan dan melaungkan ‘Allahuakbar’
Malah, ada juga sebilangan para wartawan 
yang turut menadah tangan.
Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 
25 minit itu memaksa pengerusi tetap 
muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi 
peringatan agar beliau menamatkan ucapan.
“Saya sebagai pengerusi tetap, minta kamu 
ringkaskan bacaan doa tersebut” katanya 
dengan nada tegas.
Sejurus selepas bacaan doa tersebut, Azhari 
turut menjual beberapa rangkap pantun 
kepada pengerusi tetap.
Tindakan Azhari itu akhirnya menimbulkan 
kemarahan seorang perwakilan yang meluru 
ke pentas dan menuntut agar Abu Kassim 
mengambil tindakan ke atas Azhari kerana 
di dakwa tidak Islamik dan akan mengelirukan 
umat Islam dan bukan Islam.
Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan 
ketetapan sama ada tindakan membaca doa 
yang mengutuk orang lain dalam parti itu 
boleh dibenarkan dalam persidangan.
“Saya minta Datuk pengerusi tetap buat satu 
tetapan (atas tindakan) mengunakan agama 
dan doa menghentam orang tertentu di 
dalam doa”
“Apakah ini akhlak dalam jemaah Islam, 
apakah ini (yang) diajarkan oleh agama?
“Kenapa kita perlu gunakan agama, datangkan 
hujahnya sepatutnya.” soalnya sebelum 
petugas keselamatan dari unit Amal meluru 
dan merampas mikrofon yang digunakan.

No comments: