Tanda-Tanda Anda Mengandung Bayi Lelaki
Kehadiran anak dalam rumah tangga akan menyerikan
lagi kehidupan rumah tangga anda...
Kat sini aku ingin berkongsi tanda-tanda bayi yang dikandung itu adalah lelaki...
Taip ini hanyalah 1 perkongsian tetapi kita kena terima walau bayi lelaki atau perempuan kerana itu adalah rezeki yg sangat bernilai dalam hidup kita.
Antara tanda-tandanya adalah....
1-Mual dan morning sickness
Banyak orang kata jika anda sedang mengandung bayi perempuan, maka rasa mual jarang dirasakan. Namun, jika anda sedang mengandung bayi laki-laki, maka anda boleh muntah hingga penuh baldi. Morning sickness lebih sering dirasakan pada trimester pertama dan kebanyakan ibu hamil lebih tidak kisah pada penampilan mereka.
2-Bentuk perut condong ke arah bawah
Tonjolan bayi anda sudah mulai terlihat apabila anda hamil bayi laki-laki. Bentuk perut ini kelihatan berbeza pada wanita yang mengandung bayi perempuan, iaitu perut membulat. Beberapa orang juga mengatakan bahawa wanita yang hamil bayi laki-laki, jika dilihat dari belakang malah kelihatan seperti tidak sedang hamil.
3-Berat badan tidak naik
Kenaikan berat badan merupakan perkara biasa ketika hamil. Apabila anda mengandung janin bayi laki-laki, maka berat badan anda tidak akan mengalami kenaikan terlalu banyak. Proporsi kenaikan ini berasal dari janin.
4-muka sayu
Walaupun anda merasa dengan mudah dapat membentuk kembali bentuk tubuh setelah persalinan, namun selama masa kehamilan anda tidak akan berpenampilan 'wah'. Hal itu berbeza dengan penampilan ibu hamil bayi perempuan yang selalu terlihat tampil cantik dan cerah, ibu hamil bayi laki-laki lebih cenderung tampil pucat dan selalu berpenampilan serba serabai serta malas dandan.
5-Ngidam Asam
Menginginkan makanan sesuatu merupakan perkara biasa selama masa kehamilan. Hal ini menjadi cara alami bagi tubuh untuk 'menagih' asupan nutrisi tertentu yang dirasa tubuh memerlukan pengambilan tersebut. Janin bayi laki-laki lebih memerlukan nutrisi dari makanan yang masam-masam.
p/s: walau lelaki atau wanita bayi yg dikandung kita perlu bersyukur dengan rezeki daripadanya...ada ramai pasangan yang bertahun-tahun kahwin tapi belum lagi mendapat zuriat..semuanya datang dariNya...Ia sudah tentukan yg mana baik dan sesuai untuk kita..
2 comments:
Saya rasa betul, bila mengandungkan anak lelaki
ini hanyalah berdasarkan pengalaman! pengalaman adalah berbeza antara satu sama lain.kadang2 kebetulan aje.
Post a Comment