Saturday 20 September 2014

MUSIBAH MENIMPA ADA HIKMAHNYA!!!


TUHAN TUNJUK JALAN BERSIHKAN PAS, BAWA KE MAHKAMAH HARAMKAN & DAFTAR BAHARU



AIR MATA MELIHAT KEHANCURAN DAN PERPECAHAN DEPAN MATA,
BERGADUH-GADUHAN KERANA DUNIAWI


















Pengerusi Tetap Muktamar Pemuda PAS 
Kamal Ashaari berkata beliau sendiri 
akan membawa laporan daripada 
perwakilan Pemuda Puchong yang 
mendakwa terdapat perwakilan lima 
kawasan dari Johor yang tidak dipilih 
dalam mesyuarat tahunan mereka 
tetapi hadir pada Muktamar Pemuda 
PAS tahun lalu.

Perwakilan lima kawasan itu turut 

didakwa terlibat dalam pemilihan 
dalam persidangan tahun lalu selepas 
dibangkitkan segelintir perwakilan kali 
ini yang bimbang PAS bakal diharamkan 
oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan 
(ROS) jika laporan tahunan tahun  ini 
disahkan. 

*PERINGATAN, UMNO DIHARAMKAN 
PADA TAHUN 1988 KERANA KES YANG 
SAMA IAITU TERDAPATNYA PENGUNDI 
HANTU. PERKARA YANG SAMA BERLAKU 
KEPADA PAS.SEKIRANYA BEBERAPA 
AHLI PAS MEMBAWA PENIPUAN INI 
KE MAHKAMAH, PAS AKAN MENERIMA 
NASIB MALANG SEPERTI UMNO, IAITU 
AKAN DIHARAMKAN.
TAPI ELOK JUGA DIHARAMKAN TERLEBIH 
DAHULU, KETIKA ITULAH BOLEH BUANG 
MUSUH-MUSUH DALAM SELIMUT SEPERTI 
KUMPULAN ANWARINAS DAN LAHIRLAH 
SEMULA PAS YANG ORI.

MUNGKIN INILAH PETUNJUK DARIPADA 
ALLAH SWT.

"Saya menerima laporan ini. Muktamar 

tidak ada autoriti(menubuhkan) satu 
jawatankuasa untuk menyiasatkan 
(laporan ini) yang dikemukakan malam 
ini.

"Muktamar (Pemuda) tidak ada jawatan

kuasa untuk menyiasat laporan ini, jadi 
saya memohon untuk membawa laporan 
ini diputuskan pihak beraurotiti atau 
Majlis Syura Ulama.

"Saya minta mandat dibawa di peringkat 

atas yang ada jawatankuasa untuk 
menyiasat perkara ini," kata Kamal 
sambil majoriti perwakilan kemudian
nya bangun memberi mandat kepadanya 
untuk membawa laporan itu diputuskan 
oleh pihak atasan.

Kamal juga menangguhkan perbahasan 

mengenai laporan tahunan selama 10 
minit bagi mendapatkan penjelasan 
daripada pihak atasan parti.

Selepas itu, majoriti perwakilan 

mengesahkan laporan tahunan 
Muktamar Pemuda PAS tahun ini 
melalui undian, tetapi status 
pengesahan kehadiran perwakilan 
dari lima kawasan itu - yang ada 
dalam laporan tahunan kali ini - 
diserahkan kepada pihak atasan 
untuk menyiasat dan memutuskan.


Kemudian, terdapat seorang perwakilan 

bangun membangkitkan rasatidak berpuas 
hati - selepas ia disahkan dan memberi 
mandat - cuba menjelaskan situasi yang 
berlaku di beberapa kawasan di Terengganu 
pada 2009.


Berlinangan air mata



Bagaimanapun, suasana bising tercetus 

apabila ramai perwakilan lain menjerit 
dan melaungkan supaya perwakilan itu 
menghentikan tindakannya dan kemudian
nya melaungkan takbir, "Hidup Islam dan 
Hancur Taghut".


Susulan itu juga seorang perwakilan lain 

cuba menenangkan keadaan dengan 
meminta perwakilan menghormati 
keputusan yang dibuat oleh pengerusi 
tetap sebelum itu.


"Dua kali pengerusi beri peluang (kepada 

kita untuk selesai masalah ini). Saya minta 
hormat kepada pengerusi tetap," katanya 
dan suasana dewan ketika itu menjadi 
gamat dan riuh rendah.


Hal demikian kemudiannya, menyebabkan 

Kamal Ashaari mencelah dengan meluahkan 
rasa kesalnya nada yang sebak dengan air 
mata berlinangan.


"(Jika tidak sah) muktamar (dan pemilihan) 

tahun lalu, muktamar khas boleh diadakan 
untuk mengadakan pemilihan semula. Kita 
nak tolak, kita tidak ada autoriti untuk buat 
keputusan.


"Saya faham, kamu sayang kepada parti. 

Saya tidak mahu PAS diharamkan... Tolong 
beri mandat. Saya janji saya serah sendiri,"
 katanya dalam nada sebak dan tersekat-
sekat.


Beberapa minit selepas insiden itu selesai, 

Timbalan Pengerusi Tetap Riduan Mohd Nor 
memberitahu perwakilan bahawa Kamal 
dikejarkan ke hospital selepas mengadu 
sesak nafas.

No comments: