Monday, 22 September 2014

JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH!!!



Pengenalan


•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur
Semenanjung.

•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari 
timur dan barat.

•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan 
wujudnya kerajaan yang besar di situ yang
mengawal aliran perdagangan dan politiknya.

•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad 
ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.


Sejarah Awal Kelantan

•Sejarah awal Kelantan sukar dikesan.

•Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah 
wujud diabad yang pertama lagi dengan 
panggilan ‘Medang Kemulan’.

•Dalam abad ke 5, Kelantan dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’.

•Catatan Shen Yao (414 – 512) ada menyebut 
negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’.


Kelantan Abad Ke 15

•Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja 
Kumar (Islam).

•Menjalinkan hubungan dengan negeri Cina.

•Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 
1465.

•Tahun 1465 Sultan Mansur menggantikan 
ayahandanya yang mangkat.

•Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka 
di bawah Sultan Mahmud Syah.

•Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin 
dengan puteri Sultan Mansur.

•Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan 
Sultan Mansur.


Kelahiran Cik Siti Wan Kembang

•Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin 
dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu
sepupu Raja Hussin.

•Baginda dikurniakan seorang puteri bernama 
Cik Wan Kembang.

•Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.

•Raja Hussin dari Johor dilantik sebagai 
pemangku raja.




Kerajaan Cik Siti Wan Kembang


•Tahun 1610, Raja Hussin mangkat.

•Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja.

•Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, 
Ulu Kelantan.

•Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur.

•Ramai pedagang datang berniaga, termasuk 
dari Arab.

•Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’.

•Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama 
‘Cik Siti Wan Kembang’.


Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.

•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja 
Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.

•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari 
tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.

•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai 
Babong, di Pulau Melaka.

•Di situ terdapat  pokok ‘jambu jembal’ yang 
besar.

•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.



Pertabalan Raja Sakti


•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja 
Sakti sebagai penggantinya.

•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;

~ Raja Adiluddin (Raja Loyar)


~ Raja Bahar (Raja Udang)

~ Raja Omar (Raja Ekok)

~ Raja Sungai

~ Puteri Sayu Bari

~ Puteri Unang Melor

~ Puteri Cempaka Bongsu


Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.

•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.

•Raja Omar sebagai Raja Muda.

•Raja Sungai sebagai Temenggong.

•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.

•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian 
dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu
roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan 
air liur masin.


Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti 
Wan Kembang

•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah 
maju dan makmur.

•Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.

•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang
puteri bernama Puteri Mariam.

•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri 
Saadong.

•Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri 
Saadong sebagai anak angkat.

•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak 
kijang untuk dijadikan mainan.

•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.


Perkahwinan Puteri Saadong dengan 
Raja Abdullah




•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.

•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan 
untuk meminang Puteri Saadong.

•Namun pinangan itu ditolak.

•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan 
sepupunya Raja Abdullah.

•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota sekarang).

•Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. 
Chetok yang dikenali sebagai ‘Tanah Serendah 
Sekebun Bunga’.

•Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa 
ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di
sana.

•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh 
Raja Loyar.


Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri 
Saadong dengan Raja Abdullah.

•Baginda menghantar angkatan menyerang 
Kota Jelasin.

•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina 
‘Kota Mahligai’ di sana.

•Angkatan Siam mara pula ke Melor.

•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.


Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda 
Raja Loyar telah mangkat.

•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.

•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja 
dengan gelaran Sultan Omar


Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong 
mendapati ayahandanya telah mangkat.

•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.

•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah 
telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.

•Satu pertengkaran telah berlaku.

•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam 
penyucuk sanggul Puteri Saadong.

•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung 
Padang Halban, dekat Melor.


Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja 
Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.

•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.

•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.

•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri 
Saadong.

•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke 
Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.


Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya 
Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah
di Kota Mahligai.

•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong 
berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik
Lelayang Mandi.

•Baginda mangkat di situ.


Kegemilangan Kelantan Di Bawah 
Sultan Omar

•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.

•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah 
satu pentadbiran.

•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan 
negeri.

•Membuka satu kawasan tanaman padi yang 
luas di Padang Jembal, Bachok.

•Mengadakan hubungan dengan negara luar 
seperti Pattani, China dan Jawa.

•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.

•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; 
Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja 
Ngah dan Raja Nah.


Kedatangan Anak Raja Pattani

•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan 
Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.


•Mereka ialah;

~ Tuan Sulong (Long Sulong)

~ Tuan Senik (Long Senik)

~ Tuan Besar (Long Bahar)

•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda 
baginda, Raja Pah.

•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.

•Sultan Omar membina Kota Senang yang 
kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan 
suaminya.


Sultan Omar Mangkat

•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.

•Baginda mangkat pada tahun 1721

•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran 
Kota Seneng.

•Sekarang dikenali sebagai Kg Seneng.

•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan 
dari Negeri Cina.



Raja Kecil Sulong

•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda 
Raja Kecil Sulong.

•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.

•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.

•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.

•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.


Peranan Raja Pah

•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja 
Abdul Rahman masih kecil.

•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri 
supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.

•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.

•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng 
ke Kota Jembal.

•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda 
Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.

•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.


Jembal Hari Ini

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.

•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.

•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja 
(*seperti lalat).

•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.

•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.


Usaha Mempertabatkan Keturunan 
Jembal

•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri 
Kelantan.

•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, 
Terengganu dan lain-lain negeri.

•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, 
Tengku, Ku, Tuan dan Nik.

•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.

•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi 
mempertabatkan dan menyatukan semula anak 
cucu Raja Jembal.

•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan 
di merata tempat dan ceruk rantau bagi 
merealisasikan usaha murni ini.

•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama 
pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada 
‘KOTA JEMBAL’.

No comments: