Saturday, 13 September 2014

LIMGUAN ENG BAPAK GANSTER PULAU PINANG!!!


AHLI KONGSI GELAP DAN JUGA 

PENJENAYAH ANTARA AHLI PPS!!!



POLIS DAN TENTERA ....... TERBAIK!!!
Lim Guang Eng cuba menidakkan kuasa pasukan polis dan tentera untuk menjaga keamanan negara ini. Dia mencabar apa yang tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia.

Baru menguasai sebuah pulau sudah menunjukkan taring dan belang. Sikap angkuhnya semakin menjadi-jadi.

Perlu diingat LGE, kami hanya mengiktiraf pasukan polis dan tentera untuk menjaga keselamatan negara dan kami sebagai rakyat Malaysia,kami berada di belakang PDRM dan ATM yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Ketika kami sedang tidur lena pasukan polis meronda menjaga keselamatan dan keamanan. Ketika kami membeli-belah di pasaraya pasukan tentera berada dibelantara menjaga sempadan negara.

Ketika kami di jalanraya pasukan polis menadah terik mentari menjaga trafik. Ketika kami bergembira pasukan tentera menggadai nyawa menggempur penceroboh dan pengganas. Mana mungkin kami akan melupai jasa dan pengorbanan mereka.

Tak perlulah nak menafikan jasa dan tugas PDRM dan ATM. Kejadian jenayah dan pencerobohan yang menimpa kamu, polis dan tenteralah yang kamu harapkan supaya negara aman dan damai.

Jika tiada polis, tentera dan undang-undang belum tentu segala harta benda kekayaan, belum tentu dapat tidur lena, belum tentu kita boleh ke sana ke mari dengan selamat dan belum tentu kita dapat bersantai dengan gembira.

LGE, hormatilah PDRM, ATM dan undang-undang. Hargailah jasa dan pengorbanan mereka. Kurangkan sikap bongkak dan sombong kerana kuasa yang kamu miliki belum tentu berkekalan.

PDRM dan ATM, teruskan tugas yang telah diamanahkan oleh agama, bangsa dan negara. Segala jasa dan pengorbanan mu tetap kami sanjung sepanjang zaman. Abaikan manusia-manusia rakus dan bongkak. Biarkan mereka kerana akhirnya PDRM dan ATM juga yang akan dicari bila keselamatan mereka terancam.


Inilah 'warisan' Chin Peng/PKM yang ditinggalkan sebagai satu legasi yang sukar dihapuskan. Kita tahu bukan semua orang cina bersetuju dengan tindakan agresif melanggar undang-undang/perlembagaan yang dipelopor dinasti LIM ni. 



Tapi bilangan tak bersetuju tak berapa ramai sekitar 5 - 10% saja. Populariti Vote 51% yang diperolihi PR dalam PRU13 dulu bolehlah dijadikan sebagai satu indikator untuk menentukan sikap orang-orang bukan Melayu terhadap kerajaan BN. 


Kita boleh meramalkan apa akan berlaku jika ditakdirkan Pakatan Rakyat@Jahat menawan Putra Jaya dalam PRU14 nanti. Nauzubillah! 


Akan berlakulah pemerintahan zalim ala POL POT di Kemboja sekitar pertengahan 70an yang terkenal dengan " The Killing Fields" yang mengakibatkan hampir 2 juta manusia terkorban sebab perlakuan LGE dan pasukan peronda sukarelanya dah membayangkan akan berlaku begitu!!!


KebiaDAPan dinasti Lim begitu ketara sekali terutamanya diperkuatkan lagi dengan sokongan dan galakan Melayu-melayu dalam PKR & PAS yang bertuhankan Anwar Ibrahim. 


PPS mungkin adalah satu persiapan kearah itu. Melayu-melayu dalam PKR & PAS mungkinlah tak sedar lagi. Insaflah sebelum malapetaka menimpa Negara kita yang aman, makmur ini.




No comments: