Wednesday, 10 September 2014

Kebiadaban Syiah, Berani Menggambarkan Wajah Rasulullah S.A.W!!!














APAKAH INI AGAMA SYIAH YANG KALIAN BANGGAKAN 

DAN KALIAN BELA…. WAL’IYAD ZUBILLAH.”’

Ini adalah kesesatan pertama oleh Syiah. Para Imam 
tarekat Naqshahbandi ada memiliki gambar ini 
sebagai wasilah sebagaimana yang disebut oleh 
Ustaz Muhammad Asri.

Apakah Kitab Al-Kafi?


Kitab al-Kafi adalah merupakan rujukan utama 
penganut Syi’ah di mana mereka mengambil 
ajaran-ajaran dari kitab ini sebagai pegangan 
agama mereka. Kitab ini adalah setaraf dengan 
kitab Sahih Bukhari di sisi Ahl as-Sunnah 
wal-Jamaah.


Pandangan Imam Syafii Terhadap Syiah.




Pandangan Imam Syafii Terhadap Syiah dan bukan pandangan Aqidah Al-Asy’ariah. Adalah menjadi 
kesalahan fatal bila mengaitkan Imam Syafii dengan 
Aqidah Al-Asy’ariah. 






Dari Yunus bin Abdila’la, beliau berkata: Saya telah mendengar asy-Syafi’i, apabila disebut nama Syi’ah Rafidhah, maka ia mencelanya dengan sangat keras, 
dan berkata: “Kelompok terjelek! (terhodoh)”. 
(al-Manaqib, karya al-Baihaqiy, 1/468. Manhaj Imam 
asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486).


“Saya belum melihat seorang pun yang paling 
banyak bersaksi/bersumpah palsu (berdusta) 
dari Syi’ah Rafidhah.” (Adabus Syafi’i, m/s. 187, 
al-Manaqib karya al-Baihaqiy, 1/468 dan Sunan 
al-Kubra, 10/208. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat 
al-Aqidah, 2/486).

Imam asy-Syafi’i berkata tentang seorang Syi’ah 
Rafidhah yang ikut berperang: “Tidak diberi sedikit 
pun dari harta rampasan perang, kerana Allah menyampaikan ayat fa’i (harta rampasan perang), 
kemudian menyatakan: 


Dan orang-orang yang datang sesudah mereka 
(Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: “Ya Rabb 
kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara 
kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami”. 
(Surah al-Hasyr, 59: 10) maka barang siapa yang 
tidak menyatakan demikian, tentunya tidak 
berhak (mendapatkan bahagian fa’i).” 
(at-Thabaqat, 2/117. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi 
Itsbat al-Aqidah, 2/487).



FAHAMAN SYAH!!!


Syi’ah: Harus Menyetubuhi Isteri Pada Dubur




Daripada al-Barqiyy, beliau memarfu’kannya [Menyambungkan sanad sampai kepada imam 
maksum Syiah] daripada Abi Abdillah a.s. katanya: 


“Bila seseorang menyetubuhi isterinya pada duburnya 
lalu dia tidak sempat keluar air mani maka kedua-duanya tidak wajib mandi. Jikalau dia keluar air mani maka wajib mandi ke atasnya dan isterinya tidak wajib mandi”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Furu’ 
min al-Kafi jil. 3 hal. 47).



Syi’ah: Ahlus Sunnah Adalah Kafir Dan 
Najis.



Adapun Nasibi [ialah gelaran kepada Ahlus Sunnah 
yang digunakan oleh Syi’ah], keadaannya dan hukum tentangnya maka telah diterangkan tentangnya iaitu 
dua perkara. 



Pertama, dalam menerangkan makna Nasibi yang disebutkan di dalam riwayat-riwayat bahawa mereka 
adalah najis dan lebih buruk daripada Yahudi, Nasrani 
dan Majusi. 



Mereka juga adalah kafir serta najis dengan 
kesepakatan ulama Imamiyyah (keredhaan Allah 
untuk mereka). Pendapat yang dipegang oleh 
kebanyakan ashab (ulama Syi’ah) ialah mereka 
adalah orang yang menyatakan permusuhan 
terhadap Ahlul Bait Muhammad shallallahu alaihi 
wasallam. 



[Memusuhi dan membenci Ahlul Bait di sisi Syi’ah bermaksud tidak menerima dan beriman terhadap 
mereka sebagaimana akidah yang dianuti oleh 
penganut Syi’ah] dan sentiasa melahirkan kebencian terhadap mereka (Ahlul Bait). 



Syi’ah: Ahlus Sunnah Lebih Hina 
Daripada Anjing.




Daripada Ibnu Abi Ya’fur daripada Abu Abdillah a.s. katanya: 


“Jangan mandi daripada telaga yang berhimpun 
padanya sisa air mandi dari bilik mandi kerana 
padanya terdapat air mandi anak zina dan ia tidak 
akan bersih sehingga tujuh keturunan dan padanya 
juga terdapat air mandian nasibi dan ia adalah yang 
paling buruk di antara keduanya. Sesungguhnya 
Allah tidak menciptakan makhluk yang lebih buruk 
dari anjing dan sesungguhnya nasibi adalah lebih 
hina di sisi Allah dari anjing”. 
(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Furu’ 
min al-Kafi jil. 3 hal. 14)


Agama Syi’ah: Sahabat-Sahabat 
Merupakan Penyeleweng Al-Quran.


Mereka golongan yang gemar takwil ayat-ayat Allah. Sesungguhnya Allah taala telah menerangkan kisah 
orang-orang yang mengubah (kitab Allah) dengan 
firman-Nya:


الَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِندِ اللَّهِ لِيَشْتَرُواْ بِهِ ثَمَناً قَلِيلاً

Orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan 
mereka sendiri, lalu dikatakannya: “Ini dari Allah”, 
(dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan 
yang sedikit dengan perbuatan itu.
[Al-Baqarah ayat 79]

Syiah mentakwil ayat ini iaitu mereka (sahabat-
sahabat Nabi) memasukkan ke dalam kitab sesuatu 
yang tidak dikatakan oleh Allah untuk mengelirukan manusia lalu Allah membutakan hati-hati mereka 
sehingga mereka meninggalkan di dalamnya 
(al-Quran) sesuatu yang menunjukkan perbuatan 
yang telah mereka lakukan kepadanya dan 
menerangkan tipu daya mereka, menimbulkan 
kekeliruan dan menyembunyikan apa yang mereka 
lakukan terhadapnya (al-Quran).


Syi’ah: Al-Quran Sekarang Tidak Asli 
Kerana Ianya Bukanlah Yang Dihimpun
kan Oleh Imam-Imam Maksum Di Sisi 
Syi’ah.


Thiqah al-Islam (al-Kulaini) daripada Muhammad 
bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad 
daripada Ibnu Mahbub daripada ‘Amar bin Abi 
al-Miqdam daripada Jabir katanya, aku mendengar 
Abu Ja’far a.s. berkata: 



“Tidaklah seseorang itu mendakwa bahawa ia telah mengumpulkan al-Quran kesemuanya sebagaimana diturunkan melainkan ia adalah seorang pendusta, 
al-Quran tidak dihimpunkan dan dihafal sebagaimana diturunkan oleh Allah Taala kecuali Ali bin Abi Talib 
a.s. dan imam-imam selepasnya a.s.”


As-Saffar di dalam al-Bashaair daripada Muhammad bin al-Husain bin Syu’aib daripada Abdul Ghaffar katanya, ada seorang bertanya Abu Ja’far a.s. maka dia a.s. menjawab: 


“Tidak ada seorangpun yang mampu untuk mengatakan bahawa dia menghimpunkan keseluruhan al-Quran kecuali para washi (imam-imam)”.


Syi’ah: Imam-Imam Mempunyai Kedudukannya Sama Dengan Para 
Nabi Dan Tidak Sempurna Segala 
Amalan Tanpa Beriman Kepada 
Imam-Imam.



Sesungguhnya imamah berada pada kedudukan 
para nabi, warisan para washi, kepimpinan daripada 
Allah dan kepimpinan daripada Rasulullah shallallahu 
alaihi wasallam., seperti kedudukan Amir al-Mukminin 
a.s., pusaka Hasan dan Husain a.s. sesungguhnya 
imamah adalah teraju agama, peraturan kepada orang-orang Islam, kebaikan di dunia dan kemuliaan kepada 
orang-orang beriman. 


Sesungguhnya imamah adalah asas Islam yang subur, 
dan cabangnya yang tinggi. Kesempurnaan sembahyang, zakat, puasa, haji dan jihad adalah dengan (kepercayaan kepada) imam. Dan juga (kesempurnaan dengan imam) menyempurnakan fai dan sedekah, melaksanakan hudud dan hukum-hukum dan menghalang (mempertahankan) tempat sasaran musuh dan penjuru-penjuru (Negara).


Syi’ah: Imam-Imam Mempunyai Ciri-Ciri Khusus Termasuk Maksum



Imam itu suci daripada dosa dan selamat daripada 
sebarang keaiban, dikhususkan dengan ilmu 
(diberikan ilmu yang khusus), diberikan sifat 
penyantun, peraturan agama, kemuliaan orang-
orang Islam, kebencian orang-orang munafik dan kebinasaan kepada orang-orang kafir. 


Imam-imam adalah orang yang maksum daripada 
sebarang dosa dan kekurangan. Imam-imam 
mempunyai ilmu khusus yang tidak diberikan 
kepada sesiapapun termasuk para nabi. Dengan 
imam-imam sahaja orang-orang Islam akan 
memperoleh kemuliaan serta mengalahkan 
orang-orang kafir.


Syi’ah: Imam-Imam Syiah Mempunyai 
Sifat-Sifat Ketuhanan




Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan 
daripada Sahl bin Ziyad daripada Muhammad bin 
al-Walid katanya: Sa’id al-A’raj telah meriwayatkan 
kepada kami, katanya: Saya dan Sulaiman bin Khalid 
masuk menemui Abu Abdillah a.s. lalu dia 
memulakan (bicara) kepada kami dengan berkata: 


“Wahai Sulaiman! Apa-apa yang datang daripada 
Amir al-Mukminin (‘Ali) a.s. hendaklah diambil 
(amalkan) dan apa-apa yang dilarang olehnya 
hendaklah ditinggalkan. Beliau diberikan kelebihan sebagaimana yang diberikan kepada Rasulullah 
shallallahu alaihi wasallam.a. dan Rasulullah 
shallallahu alaihi wasallam.a. diberikan kelebihan 
mengatasi sekalian makhluk Allah. 



Menghubungkan kekurangan atau keaiban kepada 
mana-mana hukum yang dibuat Amir al-Mukminin a.s. adalah seperti menghubungkan kekurangan kepada 
Allah ‘azza wa jalla dan kepada Rasul-Nya shallallahu 
alaihi wasallam.a.. 

(Rujukan: Muhammad bin Ya’kub al-Kulaini al-Usul 
min al-Kafi jil. 1 hal. 197)


Syi’ah: Tiada Perbezaan Sembahyang 
Ahlus Sunnah Dengan Perzinaannya.


Daripada Hannan daripada Abi Abdillah a.s. katanya: 
“Tidak memberi apa-apa erti (sama sahaja) seorang 
Nasibi itu sama ada ia bersembahyang atau berzina. 
Ia adalah balasan yang sesuai dengan amalannya 
kerana kecuaiannya terhadap sebesar-besar syarat (penerimaan amalan seseorang-penterjemah 
berdasarkan riwayat rukun Islam di sisi Syi’ah) 
iaitu al-Walayah. Maka amalannya itu sama seperti 
orang yang sembahyang tetapi tidak berwuduk’. 
Ayat ini turun berkenaan mereka:.


عَامِلَةٌ نَاصِبَةٌ (*) تَصْلَى نَارًا حَامِيَةً

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat 
lelah, (*) Mereka tetap menderita bakaran Neraka 
yang amat panas (membakar)
[Surah al-Ghasyiah ayat 3 dan 4].
(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini 
ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 160,161)



Agama Syi’ah: Kedudukan Imam-Imam Adalah Seperti Nabi-Nabi Bahkan 
Mengatasi Mereka.




Sesungguhnya nabi-nabi dan imam-imam a.s. 
diberikan taufik oleh Allah serta dikurniakan 
daripada perbendaharaan ilmu dan hikmah-
hikmahNya (Allah) kepada mereka apa yang 
tidak diberikan kepada orang lain lalu ilmu 
mereka mengatasi ilmu orang yang sezaman 
dengan mereka. 


“Dan barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, 
ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. 
Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).” 
(Surah al-Baqarah 269) 


“(Nabi mereka) berkata: “Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya 
ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.” 
Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian
-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah 247). 



Dan Ia berfirman kepada Nabi-Nya shallallahu alaihi wasallam.: 



“Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) 
serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam) dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya 
dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada 
mu amatlah besar.” (Surah an-Nisa’ 113) 


Sesungguhnya bila Allah ‘azza wa jalla memilih 
seorang hamba untuk melaksanakan urusan hamba-
hamba-Nya, dia akan menyinari hatinya, meletakkan 
di dalam hatinya sumber-sumber hikmah, sentiasa mengilhamkannya dengan ilmu, tidak lemah selepas 
itu di dalam memberikan jawapan, tidak melencong 
dari ketepatan. 

Khomeini: Kedudukan Sayyidina Ali Setaraf Dengan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam.



Syeikh dan ustaz kita al-‘Arif al-Kamil Syeikh al-Abadi di dalam al-Ma’arif al-Ilahiyyah di hadapan murid-muridnya: 


“Kalaulah Ali a.s. muncul sebelum Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. pasti dia akan menyatakan syari’at sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi shallallahu alaihi wasallam. dan pasti dia akan menjadi nabi serta rasul. Yang demikian adalah kerana kedua-duanya sama dari segi kerohanian dan kedudukan-kedudukan maknawi (batin) dan zahir”. (Rujukan: Misbah al-Hidayah ila al-Khilafah wa al-Wilayah al-Imam al-Khomeini hal. 153).


Syi’ah: Ahl as-Sunnah Adalah Anak Zina.



Daripada Abi Hamzah daripada Abi Ja’far a.s. katanya 
(Abu Hamzah): aku berkata kepadanya (Abu Ja’far): 


“Sesungguhnya pengikut-pengikut kita menghina 
dan menuduh orang yang menyalahi mereka”. Imam 
Abu Ja’far berkata kepadaku: “Menahan diri daripada mereka adalah lebih baik”[bertaqiyyah]. 



Kemudian dia berkata lagi kepadaku: “Demi Allah, 
wahai Abu Hamzah! Sesungguhnya semua manusia 
adalah anak zina kecuali Syi’ah kita”. 
(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-
Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 285).


Syi’ah: Imam Mahdi Bila Dibangkitkan 
Akan Memenggal Ahl As-Sunnah.




Daripada Salam bin al-Mustanir katanya, saya 
mendengar Abu Ja’far (Muhammad al-Baqir) a.s. meriwayatkan apabila al-Qaim (al-Mahdi) bangkit, 
dia akan mengemukakan keimanan [Mengikut 
fahaman Syi’ah] kepada setiap Nasibi. 


Jikalau dia (Nasibi) benar-benar menerimanya 
(maka ia akan selamat) dan jika tidak al-Qaim akan memenggal lehernya atau dia memberikan jizyah (penerimaan jizyah ini berlaku pada permulaan 
kebangkitan al-Mahdi kerana berdasarkan riwayat
riwayat yang lain menunjukkan tidak diterima 
daripada Nasibi atau Ahl as-Sunnah kecuali diberi 
pilihan sama ada beriman sebagaimana Syi’ah atau
 dibunuh) sebagaimana ahli zimmi memberikan 
jizyah (kepada kerajaan Islam) pada hari ini. 



Dia (al-Mahdi) akan mengikat di tengahnya 
(pinggang) tali pinggang (Sebagai tanda ahli 
zimmah dan bukan seorang Syi’ah) dan akan 
mengeluarkan mereka dari bandar-bandar ke perkampungan-perkampungan. 
(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini 
ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 227).


Syi’ah: Ahlus Sunnah Lebih Hina Dari 
Yahudi, Nasrani Dan Musyrik




Dengan sanad ini daripada Muhammad bin Ya’kub 
daripada Ahmad bin Idris daripada Muhammad bin 
Ahmad bin Yahya daripada Ayyub bin Nuh daripada 
al-Wasya daripada orang yang menyebutkannya 
daripada Abi ‘Abdillah (Ja’far as-Sadiq) a.s. bahawa 
beliau tidak suka sisa jilatan anak zina, Yahudi, 
Nasrani, Musyrik dan setiap orang yang menyalahi 
Islam. Lebih dibenci ialah sisa jilatan Nasibi.

(Rujukan: Syeikh at-Thaaifah Abi Ja’far at-Thusi 
Tahzib al-Ahkam jil. 1 hal. 223).


Syi’ah: Nabi Adam Mempunyai Usul 
Kufur.



Daripada Abi Basyir katanya, Abu Abdillah a.s. 
berkata: “Usul kekufuran ada tiga iaitu terlalu 
tamak, sombong dan hasad. Adapun terlalu 
tamak, ia terdapat pada Adam a.s. ketika dia 
ditegah daripada pokok (larangan) maka terlalu 
tamak telah mendorongnya supaya makan 
daripadanya. 


Adapun sombong, ia terdapat pada iblis ketika 
dia diperintahkan supaya sujud kepada Adam 
lalu dia enggan. Adapun hasad, ia terdapat pada 
dua orang anak Adam ketika salah seorang 
membunuh pasangannya”.

(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini 
al-Usul min al-Kafi jil. 2 hal. 289).


Al-Kulaini: Kitab Al-Kafi Hanya 
Mengandungi Riwayat Sahih Saja.



Saya berkata: Sesungguhnya anda ingin mempunyai 
sebuah kitab yang lengkap yang terhimpun di dalamnya semua bidang ilmu agama (Islam) yang memadai bagi seseorang pelajar, yang menjadi rujukan bagi pencari hidayah dan orang yang ingin kepada ilmu agama 
serta mahu beramal dengannya boleh mengambil daripadanya melalui riwayat-riwayat yang sahih dari 
orang-orang yang benar a.s. (imam-imam Ahl al-Bait)
 dan (mengandungi) sunnah yang diyakini yang boleh diamalkan serta (dengan atsar-atsar ini) boleh 
dilaksanakan segala kefarduan yang ditetapkan 
oleh Allah ‘azza wa jalla dan sunnah nabi-Nya 
shallallahu alaihi wasallam. dan keluarganya. 


Dan aku katakan: “Jika demikian, aku harapkan 
ia (kitab) ini menjadi sebab untuk Allah memberikan pertolongan dan taufiq-Nya kepada saudara-saudara 
kita dan penganut ajaran kita serta memberikan 
petunjuk kepada mereka”. (Rujukan: Muhammad bin 
Ya’kob al-Kulaini Mukaddimah al-Usul min al-Kafi 
Jil. 1 hal. 8).


Agama Syi’ah: Ilmu Imam-Imam 
Menyamai Ilmu Para Nabi




Bab Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla Tidak 
Mengajarkan Kepada Nabinya Satu Ilmu Kecuali 
Dia Akan Memerintahkan Supaya Mengajarkannya 
Kepada Amir Al-Mukminin Dan Dia Berkongsi 
Dengannya (Nabi) Dalam Ilmu.



Ali bin Ibrahim daripada ayahnya daripada Ibnu 
Abi ‘Umair daripada Ibnu Azinah daripada Abdillah 
bin Sulaiman daripada Humran bin A’yun daripada 
Abi Abdillah a.s. katanya: 


“Sesungguhnya Jibril a.s. telah datang kepada 
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. membawa 
dua biji delima. Maka Rasulullah shallallahu alaihi 
wasallam. makan salah satu dan membelah dua 
yang satu lagi lalu memakan separuh dan memberi 
makan kepada Ali separuh lagi. Kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. berkata kepadanya: 


“Wahai saudaraku! Apakah engkau mengetahui 
dua biji delima itu? Jawabnya: “Tidak”. Rasulullah 
shallallahu alaihi wasallam. menjawab: 
“Yang pertama adalah kenabian. Engkau tidak 
mempunyai bahagian padanya dan yang satu lagi 
adalah ilmu. Engkau setanding denganku padanya”.
 Aku (perawi) pun berkata: “Semoga Allah sentiasa memeliharamu. Bagaimana ia menjadi kongsi Nabi shallallahu alaihi wasallam. padanya? Dia menjawab: “Tidaklah Allah mengajarkan kepada Muhammad 
shallallahu alaihi wasallam. satu ilmu kecuali Dia 
akan memerintahkannya supaya mengajarkannya 
kepada Ali a.s.”.



Syi’ah: Orang Yang Mulia Ialah Orang 
Yang Menyembunyikan Pegangannya.



Daripada Sulaiman bin Khalid katanya, Abu Abdillah 
a.s. berkata: “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya kamu 
berada di atas satu agama yang sesiapa yang menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah 
dan sesiapa yang menyatakannya akan dihinakan 
oleh Allah”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob 
al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 2 hal. 222).


Syi’ah: Kitab-Kitab Suci Yang Lain 
Selain Al-Quran.



“Wahai Aba Muhammad! Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. mengajarkan Ali a.s. seribu bab yang terbuka daripada setiap bab seribu bab”. Perawi (Abu Bashir) berkata, aku berkata: “Ini demi Allah adalah sebenar-
benar ilmu”. Perawi (Abu Bashir) berkata: “Lalu dia 
(Abu Abdullah) a.s. menggores-gores seketika tanah kemudian berkata: “Sesungguhnya inilah sebenar-
benar ilmu dan tiada yang sepertinya”.


Imam Ali Ar-Ridha: Golongan Syi’ah Berbohong Mendakwa Cintakan Ali r.a.




Musa bin Bakr al-Wasithi katanya, Abu al-Hasan 
(Imam Ali ar-Ridha) a.s. berkata: “Kalau aku
 mengklasifikasikan Syi’ahku, pasti aku tidak 
akan dapati mereka kecuali orang-orang yang 
mendakwa sahaja (yang mereka cintakan Ahl al-Bait). 


Kalau aku hendak menguji mereka pasti aku tidak 
akan temui kecuali orang-orang yang murtad. Kalau 
aku mahu membersihkan mereka (daripada dakwaan 
mereka) tentu tidak akan tinggal walaupun seorang 
daripada seribu. 



Kalau aku mahu menyelidiki keadaan mereka 
(yang sebenar) pasti tidak akan tinggal dari 
kalangan mereka kecuali aku dapati mereka 
sambil berbaring di atas sofa-sofa (dengan 
sombong) mengatakan bahawa kami adalah 
Syi’ah Ali sedangkan Syi’ah Ali yang sebenar 
ialah orang yang perbuatannya membenarkan 
kata-katanya”. 
(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini 
ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 228).


Syi’ah: Al-Quran Sebenar Tiga Kali 
Ganda Daripada Al-Quran Yang Ada 
Sekarang Ini.

Daripada Hisyam bin Salim daripada Abu ‘Abdullah 
a.s. katanya: “Sesungguhnya al-Quran yang dibawa 
oleh Jibril a.s. kepada Muhammad shallallahu alaihi 
wasallam. adalah sebanyak tujuh belas ribu ayat”. 
(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Usul 
min al-Kafi jil. 2 hal. 634.

No comments: