Tuesday, 30 September 2014

4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA.















Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. 

Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.



1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.


" Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. ” komplen Lisa pada Zack. 

Esoknya..


" Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan.” Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.


Suka memburuk-burukkan suami dibelakang suami samada kepada ibu bapa, sedara mara atau kawan-kawannya.

Curang pada suami.


Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dengan lelaki lain.


Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.


" Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau.” sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.



2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).


Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.


" Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. ”



























Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu.


" Abang, raya nanti saya nak kereta. ”


" Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. ”


" Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta.”



3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.



" Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award.”


" Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. ”


" Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni.”



4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.


Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. 


Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.



Semoga artikel ini ada manfaatnya untuk semua. Kepada yang hendak sebarkan, jangan lupa linkkan semula ke blog picisan ini ya.












Sumber artikel, ceramah Ustaz Kazim Elias.

2 comments:

Anonymous said...

Rasanya kalau lelaki/suami membuat perkara yang sama akan ke neraka juga melainkan bertaubat.

Rasanya tidak perlulah membesar-besarkan isu gender lelaki perempaun ni. Kalau perempuan bawak lelaki masuk rumah untuk perhubungan haram tak ada bezanya dengan suami bawa perempuan ke rumah secara haram. Kalau isteri berchating dengan lelaki lain itu berdosa tidaklah bermakna suami berchatting dengan perempuan lain itu tidak berdosa - sama sahaja .

Begitu juga jika si suami bermulut jahat - atau membodohkan isteri. atau suami tidak menutup aurat - pakai seluar pendek main bola atau pakai seluar ketat dan berhias di luar rumah (macam fesyen Gen-Y ala-ala K-Pop sekarang). Ya lelaki juga berhias - contohnya baju mahal, nak motorsikal besar, kereta besar atau powerful, Iphone 6 walhal semua itu bukan keperluan malahan lebih pada menunjuk-nunjuk aka berhias juga tak?

Juga kalau tak bersolat sama sahaja lelaki perempuan.

Maka tidak perlulah kita menzoomkan sesuatu perbuatan dosa itu kepada gender yang tertentu sahaja.

Lagipun Allah menciptakan kedua-dua gender ini tidak sama taraf (equal) kadang-kadang wanita tinggi kadang-kadang lelaki tinggi akan tetapi atas kedua-dua gender Allah adil seadil-adilnya. Jika lelaki itu mengumpat sama juga dosanya dengan wanita mengumpat. Jika lelaki ada berpeluang pahala syahid perempuan pun sama peluangnya tetapi berbeza caranya.

normi PJ said...

ini bukan isu gender,ini sekadar peringatan dan pengetahuan sahaja! kalau perempuan baca sekurang2nya dia ambil ikhtibar!

kalau lelaki baca pun sekurang2nya dia boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk!

kalau ini nak di klasifikasikan sebagai isu gender maka tak perlulah ceramah agama yang membicarakan bab2 lelaki dan perempuan. tak perlulah perempuan mendengar ceramah isteri solehah! lelaki tak perlulah dengar ceramah menjaga diri dari terjebak menjadi suami dayus!

setiap yang terjadi ada pengajaran dan ikhtibar!

wallahualam!