Tuesday 23 September 2014

GADIS TERPERASAN JADI TERKENAL!!!


WANITA PERASAN SANGKA PAPARAZZI RAKAM GAMBAR, KINI TERKENAL!!!


 
New York – Kara Dudley menjadi terkenal 
secara tidak sengaja. Semuanya selepas 
dia tersalah sangka bahawa paparazzi mahu 
merakamkan gambarnya.

Hakikatnya paparazzi tersebut mahu mengambil 
gambar supermodel Karlie Kloss, yang ketika itu 
berada di belakang Dudley, tanpa disedarinya.

Dudley hanya menyedari bahawa dia menjadi 
terkenal selepas keesokannya menyaksikan 
gambarnya yang sedang berposing sakan itu 
disiarkan dalam sebuah akhbar.

Namun Dudley menyatakan dia tidak malu 
dengan kejadian yang menimpanya itu.

“Saya tidak tahu apa yang paparazzi itu 
lakukan tetapi saya membuat keputusan 
untuk berposing ketika mereka mengambil 
gambar,’’ katanya yang langsung tidak 
menyedari bahawa Kloss berada di 
belakangnya.

Dudley yang baru berpindah ke New 
York untuk mengembangkan kariernya 
dalam bidang peragaan dan lakonan itu 
berkata, dia memasuki pusat beli belah 
berkenaan selepas melihat penyanyi 
Taylor Swift berada di dalamnya.

Selepas melihat Swift meninggalkan 
pusat beli belah itu, dia melihat 
paparazzi di depannya, namun 
menyangka mereka sedang 
mengikut Swift.

“Saya sempat menghubungi kawan-kawan 
saya untuk memberitahu bahawa saya melihat 
Swift dan terkejut apabila saya melihat 
gambar saya itu pada keesokannya,’’ 
kata Dudley. - mynewshub.my

No comments: