Friday, 26 September 2014

PERTAHANKAN BANGSA MELAYU! ITU WAJIB!!!

PEMIMPIN MELAYU WAJIB PERTAHANKAN BANGSA MELAYU! 


Jika pemimpin Melayu bercakap 
tentang Melayu, pastinya dia akan 
dilabelkan sebagai rasis dan tidak 
adil, tetapi jka pemimpin Cina 
bercakap tentang Cina, ianya terus 
dianggap sebagai keadilan. Wajar 
perkara sebegini berlaku?

Sekarang ini, pemimpin Melayu yang 
lantang menyuarakan tentang ketuanan 
Melayu adalah Menteri Dalam Negeri, 
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid yang juga merupakan Naib 
Presiden UMNO menegaskan terdapat 
empat teras yang perlu diperjuangkan 
iaitu Islam sebagai agama rasmi 
Persekutuan, Sultan sebagai raja 
, Bahasa Melayu sebagai bahasa 
kebangsaan dan hak keistimewaan 
kepada orang Melayu.

"Mereka (kaum lain) mahu kesama-
rataan dan apa yang kita mahu lakukan 
adalah kesaksamaan. 

Kenapa hak kita yang termaktub dalam 
Perlembagaan perlu dipertikaikan. 
Adakah jika kita mempertahankan 
hak kita, kita dipandang perkauman?

"Kita mempertahankan hak kita dengan 
tidak menafikan hak kaum lain tetapi 
jangan cuba menggugat hak orang 
Melayu," kata Zahid yang dipetik dari 
The Malaysian Insider.

Adakah Zahid Rasis? Adakah menjadi 
kesalahan terhadap individu yang mahu 
mempertahankan hak bangsanya sendiri?

Berdasarkan kenyataan tersebut, Zahid 
cuma pertahankan hak keistimewaan 
melayu dan juga hak yang sudah 
termaktub dalam Perlembagaan. 

Justeru, tiada lagi perkara yang perlu 
dipertikaikan. - UtaraNews.com




Siapa lagi nak pertahankan bangsa 
sendiri kalau bukan diri kita sendiri...
-gossiprakyat.

No comments: