Tuesday, 16 September 2014

HANG TUAH TIDAK WUJUD???HANYA CERITA REKAAN!!!


Khoo Kay Kim Dakwa Hang Tuah Bersaudara Dan Hang Li Po Tak 
Pernah Wujud!!!

Masyarakat Malaysia secara amnya 
mengetahui tentang sejarah negeri 
Melaka biar pun ada yang bukan berasal 
dari negeri tersebut.

Antara yang paling kerap diperkatakan 
ialah mengenai Hang Tuah lima bersaudara, 
Puteri Gunung Ledang dan Puteri hang 
Li Po semestinya.

Menurut sejarah Melayu negeri Melaka, 
Puteri Hang Li Po yang berasal dari negara 
China merupakan isteri yang kelima bagi 
Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka yang 
telah memerintah dari tahun 1456 hingga 
tahun 1477.

Diselitkan juga dalam sejarah negeri itu, 
terdapat cerita legenda pahlawan Melaka 
yang terdiri daripada lima sahabat iaitu, 
Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, 
Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Kisah lima sahabat yang sarat dengan 
nilai-nilai persahabatan dan kesetiaan 
kepada raja dan negeri mereka itu 
menjadi terkenal dan sering diceritakan 
semula oleh rakyat Malaysia.


Bagaimanapun sejarawan terkenal, 
Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim yang ditemu 
bual oleh sebuah stesen radio tempatan, 
Business Radio Station (BFM) mendakwa 
sebaliknya.

Katanya, Hang Li Po dan kelima-lima 
pahlawan negeri Melaka itu tidak pernah 
wujud!

Memetik laporan daripada Free Malaysia 
Today (FMT), Canselor di Kolej KDU itu 
berkata, beliau telah membaca penulisan 
dari dua ahli sejarah Barat dan satu rekod 
sejarah oleh tokoh sejarawan terkemuka, 
Wang Gung Wu tentang hal ini.

Menurut rekod ahli-ahli sejarah tersebut, 
Dinasti Ming tidak pernah menyebut atau 
menulis watak pahlawan-pahlawan Melaka 
yang terkenal sejak zaman dahulu.

“Sejarah mestilah berdasarkan rekod yang 
empirikal dan tepat, dan ahli-ahli sejarah 
hanya perlu menerima rekod bertulis yang 
sahih, ” katanya.

Selain itu, Kay Kim juga menyatakan tiada 
bukti kukuh dalam rekod-rekod Malaysia 
menyatakan kewujudan lima pahlawan 
Hang tersebut.

“Tidak ada bukti dalam rekod-rekod Malaysia 
dan ini adalah cerita saja. Pencerita-pencerita 
sejarah menceritakan semula sejarah ini 
berdasarkan ‘cerita’ dan bukannya bukti,” 
tambahnya.

Untuk menguatkan lagi dakwaannya, Kay Kim 
memberitahu ahli-ahli sejarah telah pun 
menjalankan penyelidikan yang bersungguh-
sunguh tentang dakwaan cerita sejarah 
tersebut.

“Kita memang mempunyai banyak cerita 
tentang sejarah ini. Hanya baru-baru ini, 
ahli-ahli sejarah telah bersusah payah 
melakukan penyelidikan sejarah awal 
negeri Melaka itu dan mendapati banyak 
cerita-cerita yang dimaklumkan pada masa 
lalu tidak dapat dibuktikan, “katanya.

Kay Kim juga memberitahu FMT bahawa 
terdapat khabar angin bahawa kerajaan 
Melaka telah diasaskan pada tahun 1292 
walaupun terdapat rekod-rekod 
membuktikan bahawa ia ditubuhkan 
pada abad ke-15.


P/s: SEJARAH MELAYU BUKAN TIDAK 
BENAR CUMA TAK DAPAT DIBUKTIKAN 
AJE!ORANG MELAYU DULU-DULU TAK 
AMBIL BERAT ATAU MENGABAIKAN 
DOKUMENTASI SEJARAH.

NASIB BAIK ADA JUGA TUN SRI LANANG!!!

AHLI SEJARAH LUAR TERUTAMA 
ORIENTALIS TAK AMBIL KISAH 
KEHEBATAN ORANG LAIN,YANG 
DIA ORANG TAHU HANYALAH 
MEMPERBESARKAN KELEMAHAN 
ORANG LAIN!!!

Cuba rujuk catatan rekod kerajaan Ryukyu 
Jepun tentang utusan Melaka bernama Lohshimana Huang Tuwa..wallahu a'lam.

No comments: