Monday, 22 September 2014
BENARKAH 80% LELAKI CURANG MASIH CINTAKAN ISTERINYA???
Bagi lelaki atau wanita yang sudah menikah, kecurangan boleh diawali dari kebiasaan saling menggoda atau flirting.
Tabiat saling menggoda ini memang boleh berhenti sampai di situ, atau justru meningkat ke tahap lebih tinggi, iaitu hati mendua.
Makin sering seseorang melakukan godaan maka makin tinggi risiko terjadinya skandal kayu tiga.
Hal ini disetujui oleh Ragnar Beer, seorang psikolog asal Goettingen, Jerman melakukan survey pada 2600 lelaki dan wanita yang pernah curang dan dicurangi.
Salah satu hasil survey yang cukup mengejutkan adalah sebahagian besar atau sekitar 80 persen yang bermain kayu tiga sebenarnya masih mencintai pasangannya.
Alasan terbesarnya antara lain, adanya peluang, tak tahan godaan, perlukan belaian, atau kerana stres berlebihan di tempat kerja.
Selain fakta di atas, semak empat fakta mengejutkan berkaitan kecurangan ini:
1. Tak hanya dating semalam
Penelitian yang dilakukan oleh Beer menunjukkan hubungan sulit yang sering dilakukan lebih dari dating semalam. Hanya 12% wanita dan 15% lelaki yang melakukan dating semalam. Sebahagian besar responden (60%) mengaku perhubungan sulit lebih dari satu bulan bahkan ada yang sampai enam bulan.
2. Boleh terulang
Jika seseorang berhubungan sulit sekali akan ada ada berikutnya, dan akan ada cerita bersambung.
Menurut survey yang dilakukannya ada 49% suami yang hanya curang satu kali dan untuk istri 55%. Lalu 17% lelaki curang saat masih berkasihan, 12% lelaki melakukan curang dua kali, dan 22% seringkali. Sedangkan kaum wanita 20% mengkhianati suaminya dua kali, 10% tiga kali dan 15% lebih dari tiga kali.
3. Setelah tertangkap basah
Perhubungan sulit akan menjadi masalah besar jika pasangan mengetahuinya. Dan, menurut survey Deer, sebagian besar orang yang berhubungan sulit mengaku pada pasangannya.
Iaitu 44% lelaki dan 46% wanita. 30% lelaki dan 24% wanita ketahuan berhubungan sulit kerana pasangannya tertangkap basah. Hanya 3% lelaki dan 6% wanita yang ketahuan berhububgan sulit kerana laporan orang lain.
4. Pengkhianatan tidak akan pernah dilupakan
Wacana bahawa perhubungan sulit dapat dimaafkan dan dilupakan ternyata salah besar. 43% lelaki dan 61% wanita belum boleh memaafkan dan melupakan pasangannya yang curang. Lalu, rasa cinta 11% lelaki dan 20% wanita korban kecurangan berubah menjadi benci.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment