Saturday, 27 September 2014

Gadis 11 Tahun Lari Dari DiKahwinkan!!!




Seorang gadis Yaman, Nada al-Ahdal, 
11 tahun, melarikan diri dari kedua ibu 
bapanya yang memaksa dia untuk 
berkahwin. 


Nada datang daripada keluarga sederhana 
dan merupakan salah seorang daripada 
lapan orang adik-beradik. Bapa saudaranya 
Abdel Salam al-Ahdal, seorang juruteknik 
grafik dan montaj di sebuah stesen TV yang 
tinggal bersama ibunya telah mengambil 
dan memelihara Nada sejak dia berusia 
tiga tahun.


Bukan Nada sahaja kanak-kanak di 
rumah. Bapa saudaranya juga telah 
mengambil anak saudaranya yang lain 
ke bawah jagaannya. 


Abdel Salam bertanggungjawab 
membesarkan kedua orang anak-anak 
tersebut. Dia sendiri yang menjaga 
mereka dan ibunya yang sudah tua.


Nada dibesarkan dalam persekitaran 
yang penyayang, pergi ke sekolah dan 
belajar bahasa Inggeris semasa cuti 
musim panas. Dia mempunyai laman 
Facebook sendiri, 


Seorang yang berbakat menyanyi dan 
ada mengambil bahagian dalam acara 
muzikal. 

Walau bagaimanapun, kebahagiaannya 
hampir terhenti di situ saja apabila 
ibubapanya datang mengambilnya 
untuk dikahwinkan dengan seorang 
lelaki kaya Yaman yang tinggal di Arab 
Saudi.

 Namun begitu Nada yang baru berusia 
11 tahun itu tidak bersetuju lalu 
bertindak nekad melarikan diri dari 
rumah ibubapanya dan kembali kepada 
pakciknya.




Amalan berkahwin dengan gadis-gadis 
muda berlaku secara berleluasa di Yaman 
dan telah menarik perhatian kumpulan 
hak asasi antarabangsa yang cuba 
mendesak kerajaan untuk mengharamkan 
perkahwinan kanak-kanak.


Kemiskinan yang mencengkam Yaman 
memainkan peranan dalam menghalang 
usaha untuk menghapuskan amalan ini, 
di mana keluarga miskin mendapati diri 
mereka tidak dapat untuk mengatakan 
tidak kepada tawaran beratus-ratus 
dolar untuk mengahwinkan anak-anak 
perempuan mereka.



Lebih daripada satu perempat daripada 
wanita Yaman berkahwin sebelum usia 
15 tahun, menurut satu laporan pada 
tahun 2010 oleh Kementerian Hal 
Ehwal Sosial.


Adat juga memainkan peranan, 
termasuk kepercayaan bahawa 
pengantin perempuan muda boleh 
dibentuk menjadi seorang isteri yang 
taat, melahirkan lebih ramai anak 
dan dijauhkan daripada godaan.


Pada September 2010, seorang kanak-
kanak perempuan Yaman, 12 tahun, 
meninggal dunia selepas bergelut 
selama tiga hari untuk melahirkan, 
sebuah pertubuhan hak asasi manusia 
tempatan berkata.


Yaman pernah menetapkan umur 15 
tahun sebagai umur minimum untuk 
berkahwin, tetapi parlimen membatal
kan undang-undang berkenaan dalam 
tahun 1990an, dengan alasan ibu bapa 
berhak membuat keputusan bila anak 
perempuan mereka boleh berkahwin.

No comments: