Thursday 18 September 2014

RATUSAN RIBU RINGGIT UNTUK KESEKSIAN SEORANG WANITA!!!

 Wajah Victoria sebelum dan selepas 
menjalani pembedahan plastik.

SEORANG model membelanjakan kira-kira 
30,000 pound (RM157, 535) untuk menjalani 
pembedahan plastik agar kelihatan cantik 
dan seksi.

Victoria Wild dari Latvia menjalani pelbagai 
pembedahan termasuk tiga pembedahan 
untuk membesarkan payu daranya, implan 
bibir dan suntikan botox. 

Wanita berusia 30 tahun itu yang menetap 
di Cannes, Perancis mengakui seronok 
dengan perhatian orang ramai terhadapnya.

"Siapa yang tidak mahu dilayan seperti 
anak patung. Ia amat seksi.

"Orang ramai akan memandang saya dan 
saya suka dengan perhatian itu," katanya.

Victoria berkata, dia mula melakukan 
pembedahan plastik sejak 2001 dengan 
membelanjakan 25,000 pound (RM130,807) 
untuk melakukan tiga pembedahan 
pembesaran payu dara di Hungary.

Ketika berusia 25 tahun, Victoria bertemu 
dengan teman lelakinya, Simon yang 
sentiasa menyokong cita-citanya untuk 
kelihatan seksi.-mstar.com.my

No comments: