Tuesday 9 September 2014

Allah Tidak Mengkehendaki Kita Lagi.......





Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:



*Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia



*Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak



*Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan



*Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta



*Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa



*Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan






Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia


Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah.



Tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia.



Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.



Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.



Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita.



Kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita.



Kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat.




Kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah.


Tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali.


Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman.



Apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya.



Setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur kita,maka panggilan Illahi dah bertambah dekat.



kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.

Ke satu perjalanan yang jauh.

Yang tidak akan kembali dan buat selama-lamanya.




Sesungguhnya mati itu benar. Alam kubur itu benar, Mahsyar Allah itu benar syurga itu benar dan neraka 

itu benar..

Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia sementara dan 

akhirat kekal abadi.


Renung-renungkan dan selamat beramal!!!

3 comments:

Anonymous said...

Bro bab cari hata kekayaan ini aku rasa perlu diberi pencerahan lagi.
Takzkirah ini seolah2 mencari kekayaan itu akan melalaikn.Sedangkn nabi sendiri pernah berkahwin dgn perempuan kaya.
Adakah mencari harta kekayaan didlm islam itu salah?
Sedangkn sudah terang miskin itu mendekatkan kita kepada kekufuran.
Banyak yng boleh di buat bila kaya utk membangaunkn islam!

Anonymous said...

Carilah dunia tp jgn sampai lupa agama, dan diabaikan halal haramnya.
"Melalaikan kamu dlm memperbnyk bnykkan (harta, anak anak dsb), hinggalah kamu masuk ke kubur." 102:1-2.
Dan jgn sampai tergolong golongan org org yg asyik,
"Mengumpul ngumpul harta dan mengira ngiranya, dan menyangka hartanya itu dpt mengekalkannya." 104:2-3.

Anonymous said...

"Dan Kami rasakan sedikit dr azab di dunia sebelum azab yg besar (di Akhirat), mudah mudahan mrk kembali (bertaubat)." 32:21.