Wednesday, 10 September 2014

Dimanakah NUCC dalam mempertahankan institusi Diraja ???


Akta Hasutan 1948 adalah Akta yang ke 15, ianya
dibuat pada zaman darurat bagi mengekang
ancaman komunis yang bermaharajalela di Tanah Melayu setelah kekalahan Jepun pada ketika itu.

Acuan asal bagi akta tersebut ialah Akta Hasutan British 1661 yang diluluskan oleh Charles II bagi berfungsi untuk mengekalkan kuasa sistem diraja secara totalitarian dengan melindungi sistem diraja
dari sebarang ancaman anasir yang mampu
menggugat keutuhan sistem diraja di Britain.
Disini , tindakan Perdana Menteri memulakan langkah untuk memansuhkan Akta Hasutan merupakan suatu asas kepada pembebasan negara ini dari sebarang bentuk pengaruh penjajah didalam sistem
perundangan negara ini.
Umum kita mengetahui bahawa sistem pemerintahan negara ini berasaskan kepada Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Jelas disini , Raja merupakan tunjang negara yang bertindak diatas
hak-hak yang telah terkandung didalam perlembagaan manakala sistem Demokrasi Berparlimen pula bertindak sebagai badan eksekutif yang menjunjung kerajaan dibawah perkenan ;
"Urusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong".
Kita sedia maklum bahawa negara ini adalah sebuah negara majmuk yang mempunyai kepelbagaian
diversiti yang tersendiri . Perbezaan diantara kepercayaan , agama, bangsa, keturunan, geo-ekonomik, negeri, budaya dan aliran fikrah pemikiran menjadikan kestabilan pada negara ini sebagai suatu faktor penentu untuk kita terus mara kehadapan .
Sayugianya, didalam beberapa permasalahan yang melibatkan perhubungan diantara kaum dan budaya serta aliran pemikiran , kerajaan yang ditunjangi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini telahpun mengalami serangan hasutan dari segenap sudut . Kelihatan sebahagian kecil rakyat telahpun memperkecilkan peranan dan tanggungjawab institusi diraja serta Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong .
Kerajaan pada hari ini yang diterajui oleh Dato Sri
Mohd Najib telahpun memulakan langkah penyelesaian bagi permasalahan ini dengan menubuhkan suatu jawatankuasa bebas Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (NUCC) yang bertangungjawab bagi mewujudkan langkah-langkah penyelesaian dan pencegahan konflik diantara kaum.
Namun begitu , jawatankuasa bebas tersebut
kelihatan seperti 'melepaskan batuk ditangga'
dengan mengenepikan elemen perlindungan
terhadap sistem 'Raja Berperlembagaan' dari
pada sebarang serangan anasir didalam beberapa
akta yang dicadangkan didalam pihak NUCC sepertimana beberapa pengumuman yang dibuat
oleh panelis jawatankuasa undang-undang NUCC sebelum ini .
Sebagai rakyat yang berteduh dibawah naungan kerajaan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan
Agong , kami merasakan telah menjadi keperluan
untuk institusi diraja dilindungi dan pihak-pihak
yang mencetuskan ketegangan antara kaum dipulih
kan kembali nilai keharmonian, kesetiaan dan
ketaatan mereka kepada negara ini.
Kami berharap supaya pihak penggubal undang-undang dapat meletakkan klausa-klausa perlindungan terhadap institusi diraja, perlindungan kepada Institusi diraja didalam melaksanakan tanggungjawab mereka menurut perlembagaan dan langkah-langkah pencegahan serta kaedah-kaedah pemulihan
( termasuklah hukuman yang setimpal) kepada
setiap anasir perkauman, mahupun nilai budaya dan masyarakat didalam akta-akta yang dicadangkan oleh pihak NUCC kelak .
Kami sebagai rakyat Malaysia yang prihatin mengharapkan agar kedaulatan negara ini akan terus kekal dan mekar bebas dari sebarang anasir yang menggugat kedamaian dan kestabilan negara kita
yang kita cintai ini .

No comments: