Saya menerima pengkisahan dibawah daripada seorang rakan-cyber, dan saya mahu berkongsinya dengan rakan sahabat semua sebagai pengajaran dan iktibar untuk renungan kita bersama!
Dalam sebuah majlis, seorang usahawan bukan Melayu yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut.
Berikut adalah adengan perbualan mereka...
Jom kita dengar dan hayati!
Tan Sri: Kerajaan UMNO perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak sepatutnya ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu.
Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan.
Lagi pun kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara termasuk sebagai pembayar cukai terbesar. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak kewarganegaraan kami?
Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum:
Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?
Tan Sri: Oh... sudah lama. Gobala ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagi pun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.
Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.
Wartawan: Macam tu jugalah perasaan orang Melayu Tan Sri.
Tanah air ini asalnya milik orang Melayu. Milik Raja-Raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?
Tan Sri: Aaar…aaar…aaar…
Wartawan: Tidak mengapa Tan Sri kalau tidak boleh jawap sekarang. Tapi balik nanti gunakanlah kepala otak Tan Sri untuk fikirkan!
Cuma Tan Sri, dan semua kawan-kawan Tan Sri perlu ingat. Bagi kami umat Melayu-Islam dinegara ini, kami masih berpegang dan mengingati 7 Wasiat Raja-Raja Melayu yang telah diperbuat sebelum Permasyhuran Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ditandatangani dan disempurnakan, iaitu sebelum Malaysia ditubuhkan lagi.
7 Wasiat Raja-Raja Melayu
1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA);
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Dan bagi memastikan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu ini dipelihara dan dilaksanakan, maka peruntukkan mengenainya telah digubal didalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11; Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153; dan Perkara 181 (1).
Dan peruntukkan-peruntukkan ini tidak boleh sama-sekali dipinda, diubah, dibatalkan atau dimansuhkan kecuali dengan izin, persetujuan dan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan tiap-tiap Baginda Tuanku Sultan yang memerintah yang bersidang sepenuhnya.
Dan jika Tan Sri faham 7 Wasiat Raja-Raja Melayu ini, maka Tan Sri akan faham perasaan dan sentimen umat Melayu-Islam apabila ada pihak yang mula mencabar, mempersoal, apatah lagi mengusulkan supaya dihapuskan hak istimewa orang Melayu, kedudukan istimewa Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Saya yakin dan percaya bahawa bukan semua kaum bukan Melayu bersikap sedemikian. Malahan saya yakin dan percaya majoriti kaum bukan Melayu di negara ini tetap menghormati kontrak sosial dan persefahaman yang telah dicapai sebelum kemerdekaan, dan menghormati hak istimewa orang Melayu, kedudukan istimewa agama Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.- dari Blog Zulkifli Nordin.
No comments:
Post a Comment